Followers

Thursday, November 13, 2008

bace la kejap...

2,168 restoran kotor ditutup

KUALA LUMPUR - Sehingga Ogos lepas, sebanyak 2,168 atau 50.4 peratus kedai makan ditutup disebabkan tahap kebersihan yang kurang memuaskan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata, pemantauan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu melibatkan 52,784 premis makanan.

“Kementerian dan PBT sentiasa memantau tahap kebersihan premis makanan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Isnin lepas sebuah akhbar melaporkan seorang pengguna membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya kerana menemui najis ayam dalam nasi ayam yang dibelinya di sebuah restoran di Kelana Jaya.

Pengguna itu mendakwa menghubungi PKD Petaling Jaya untuk mendapat maklum balas mengenai laporannya, tetapi pegawai berkenaan berkata ‘tidak pasti’ sama ada laporan yang dibuat pengguna itu telah diambil maklum oleh pegawai sebelumnya dan diminta menghubungi PKD itu semula.

Dr Ismail berkata, kementeriannya menerima aduan itu pada 6 November lepas.

Bagaimanapun, PKD berkenaan hanya mengambil tindakan pada 10 November kerana sedang menangani wabak Chikungunya dan produk makanan untuk tujuan pengimportan.

“Mengikut PKD Petaling, oleh kerana pengadu ingin mendapatkan hak beliau sebagai pengguna, beliau dinasihati membuat aduan kepada Tribunal Pengguna,” katanya.

food technologist ckp
ngee...sangatlah geli an...so nak beli makanan kat kedai memane pon make sure tahap kebersihan die..jgn aci redah jew...=p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...