Followers

Monday, March 30, 2009

bile besfren tepon...

last nite...having a chat with hanis after a long time kitorg xjmpe
las hari tu masa ter serempak dgn die kat SACC

ok berbalik kepada perbualan kami..
die citer about...dak-dak uitm yang terlibat dlm accident..
dan aku telah search arkib berita harian..and i found it..

sgt tragis...


4 siswa UiTM maut nahas kereta, treler
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my

KERETA yang dinaiki empat mangsa remuk selepas digilis treler di Jalan Lebuh AMJ, kira-kira jam 11.15 malam, kelmarin.

Mangsa tersepit dirempuh di persimpangan lampu isyarat

ALOR GAJAH: Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, di sini, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler dan diseret kira-kira 25 meter dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Sungai Petai, dekat sini, malam kelmarin.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Telok Mas di sini; Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Jerantut, Pahang; Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Mohd Nafil Kosnon, 20, dari Sungai Besar, Selangor.

Kecuali, Muhamad Zaki, tiga rakannya dipercayai maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta selepas bertembung dengan treler yang sarat dengan muatan blok getah proses.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit menaiki kereta jenis Toyota yang dipercayai dipandu Mohd Nafil dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.15 malam itu.

Katanya, Mohamad Sulaiman, Mohd Shaherman dan Mohd Nafil masing-masing mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Bank, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pentadbiran Awam dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah, manakala Muhamad Zaki pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka (HM), kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

DARI kiri, Muhamad Zaki Jasmi, Mohamad Sulaiman Rahman, Mohd Shaherman Sudin dan Mohd Nafil Kosnon.

Katanya, siasatan awal mendapati, keempat-empat pelajar itu dalam perjalanan dari kampus menghala ke stesen bas Melaka Sentral di sini untuk menghantar Muhamad Zaki.

“Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan, sebuah treler dalam perjalanan dari arah Krubong ke Pelabuhan Klang, Selangor tiba-tiba merempuh kenderaan mereka sehingga terseret kira-kira 25 meter.

“Kejadian menyebabkan kenderaan itu remuk, manakala keempat-empat mereka tersepit. Dipercayai satu daripada dua kenderaan itu melanggar lampu isyarat ketika kejadian. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Alor Gajah mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mereka sebelum dihantar ke HM,” katanya.

Umar Ali berkata, pemandu treler berusia 27 tahun yang berasal dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah itu kini direman dan polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi bilik mayat HM apabila sahabat handai termasuk keluarga keempat-empat mangsa berkumpul di situ bagi menuntut mayat pelajar berkenaan. Hadir sama, Pengarah Kampus (Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya Melaka), Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam.

Bapa Muhamad Zaki, Jasmi Hasim, 52, berkata pada malam kejadian beliau sedang menunggu anaknya itu di stesen bas Melaka Sentral kira-kira jam 11 malam untuk dibawa pulang.

Jasmi yang bekerja sendiri berkata, dia menelefon anaknya itu beberapa kali tetapi tidak berjawab.

“Beberapa kali mencuba, barulah seorang lelaki menjawab dan mengatakan anak saya terbabit dalam kemalangan. Pada ketika itu, perasaan saya kuat mengatakan Muhamad Zaki masih hidup tetapi sebaliknya.

“Apa pun saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun tidak sempat berjumpa dengannya selepas menghantarnya ke asrama Isnin lalu,” katanya.

Katanya, jenazah anak ketiga daripada empat beradik itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Telok Mas petang ini (semalam).

Bapa Mohd Nafil, Kosnon Idris, 56, pula berkata, dia diberitahu kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada tujuh beradik itu oleh polis kira-kira jam 2 pagi semalam.

“Sebaik menerima berita kematian Nafil, saya tidak mampu berkata-kata. Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua minggu lalu dan beliau sangat ceria selain menunjukkan gambar lawatan universiti yang diikuti kepada saya termasuk makciknya, Norharyani Hamzah, 31, pada majlis kenduri kesyukuran yang dibuat saya dan ibunya, Lasimah Basran, 46.

“Selain itu, anak saya juga ada meminta supaya membenarkannya membawa kereta berkenaan ke kampus dengan alasan untuk memudahkan urusan tetapi saya tidak benarkan kerana bimbangkan keselamatannya.

“Bagaimanapun, saya izinkan selepas dirayu beberapa kali dan beliau hanya sempat menggunakannya selama sebulan,” katanya.
my fren she knew about this tragedy immediately after the accident...agak menggeletar she said..
cz die baru je nmpk 2 of them ptg tu...actually derg ni pegi hntar member ke rumah masing-masing...
n mereke sbenarnye ada 5 org..sorg lagi da selamat di hantar ke rumah...odw nk hantar another person ni la the trailer hit their car...AL-FATIHAH

6 comments:

jejaka anggun said...

shaherman itu cousin saya. al fatihah untuk arwah...

akuadalahaku said...

ouh yeke...takziah untuk awak..

zyr zh said...

so young...

akuadalahaku said...

same baye kiter kot...kekwn hanis

Hana Wawa said...

salam.. tq 4 sharing this article.
1 of them adk i.. allahyarham mohd nafil. al-fatihah buat mereka. smlm bufday arwah... miz him so much!! allah je yg tau. smga roh mrka bhgia disisi penciptaNya... amin

hakim015 said...

Assalamualaikum. Saya sahabat arwah Sulaiman atau lebih gemar dipanggil Leman. Kmi bersekolah bersama2 di SDAR 2001-2005. Dorm mate utk 2 tahun. Saya turut hadir ketika pengebumian jenazah di Jerantut bersama rakan2 yang lain. Saya tiba2 teringat akan arwah setelah sekian lama. Dan kebetulan terbaca blog ini. Al Fatihah kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...