Followers

Friday, March 12, 2010

open ur eyes guys

pagi tadi aku pegi anta piah macam biasa..
ni hari ke4 in a week *sigh*
and aku agak emote pg td cz aku sbena takleyh nak tdo dah pas tjage kol 2
argh tak keysahla..back to the topic
kalau pepagi dalam kereta aku suke dgr Hot Chat kat Hot.FM
sebab topik yang diperdebatkan agak menarik
depend jugak tajuk pe..kekadang mengarut

and tajuk pagi ni adalah
"Berjaya setelah gagal"

bersempena dengan result eSPieM yg keluar semalam
dan ramai la pemanggil yang menceritakan pengalaman masing-masing
pengalaman mereka yang pernah kantoi dalam hidup
tak keysah lah pelajaran ke, hidup ke, percintaan ke, pekerjaan ke dan sebagainya
so aku nak share la dengan mereka yang tak dengar

first story
seorang pemanggil lelaki..cerita die..
die masa eSPieM dulu gagal 8 subjek dan satu je lulus = 9 subjek
jadi die repeat eSPieM tahun depannya
dekat sekolah yang sama
dengan muka tebal...
dan die berjaya for the 2nd time
xcakap la plak bape banyak die dapat
kemudian dia diterima masuk ke ipta
dan sekarang telah berjaya menjadi lecturer
dan alasan yang die bagi kenapa gagal masa memula amek eSPieM
"tak dengar cakap mak bapak..jadi cikgu saye ckp la yang saye takkan berjaya dalam eSPieM.''
conclusion nye nak berjaya kene dengar ckp mak bapak
umi abah forgive me~~

second story
yang ni menarik jugak
pemanggil perempuan
die mmg bukan best student kat sekolah
memang selalu kantoi subjek la kalau exam
and result eSPiem biase-biase je
luckily die dpt offer masuk uitm cos dip engineering
tapi 1st year tak dapat bawak
so 2nd year tuka cos computer
and she try her best to success
akhirnya die berjaya grade dengan pointer 3.5 above
kemudian continue degree
dan berjaya menghabiskan degree dengan mendapat anugerah naib canselor
dengan pointer 3.9
sekarang dah dapat pekerjaan yang baik
pe tah..lupe r..

third story
yang paling aku kagum citer yang ni la...
kakak lelaki ni yang call
sebab die sgt respect la akan kejayaan adik die tu
dis guy memang tak pass SRP nowadays PMR
so for those yang tak pass SRP at dat time
die kne repeat SRP xleh continue blaja
pastu die xnak dah blaja
so die pun keje tarik kabel letrik yang sebesa lengan tu...kakaknya la cakap
pastu mak depa ni pujuk suh amek eSPieM
sebab kesian dengan die keje susah sangat dan berat
die taknak tapi die nak amek sijil kemahiran letrik
lepas die abes amek sijil
die buat la kje wiring, cat rumah orang dsb
pastu simpan duit sikit-sikit
die berjaya beli mesin tar yang kecik
bile ada rumah baru naik, die promote la perkhidmatan tersebut
lelama die berjaya bukak company
dan sekarang die dapat tender berjuta-juta macam buat jambatan dll
dan part yang paling besh adalah
setiap tahun die lah satu-satunya anak dalam adik beradik die
yang mampu membawa mak derg ni pegi umrah setiap tahun
sedangkan adik-beradik die yang lain
yang berjaya dalam pelajaran dan hanya makan gaji pun
tak mampu nk biaya mak derang pegi umrah...
bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

pergh yang ni mmg aku sgt impress dan kagum
siapa cakap orang yang xberjaya dalam pelajaran
takkan berjaya dalam hidup
dan eSPieM tu bukanlah segala-segalanya
walaupun korang kantoi eSPieM ke hape ke
kalau korang dah nekad nak berjaya
akan berjaya jugak walau dengan apa cara sekalipun
tapi kenelah dari rezeki yang halal
matlamat tak menghalalkan cara


dan mestilah korang bangkit dari kegagalan je
kalau dok meratap dan menyalahkan diri
pastu tak berusaha nak memajukan diri xguna jugak
tapi selalunya kegagalan tu akan menjadi turning point untuk seseorang tu berjaya

ha lagi satu..pompan-pompan kat mesia ni khususnya
jangan la memilih lelaki sangat
korang memang la stok pandai xhengat
tapi nk cr lelaki yang berjaya dalam pelajaran agak susah la kan
orait la kalau die tu baik, beriman, sayang kat korang dan yang penting skali die ade matlamat hidup taste aku la tu..hahaha
tapi korang kene sanggup berkorban untuk dia la dan jangan merendah-rendahkan dirinya
bagi support selalu
dibelakang seorang lelaki pasti ada seorang perempuan yang menjadi inspirasi dia
mak bapak pon jangan la tengok menantu die xberjaya dalam pelajaran
especially nak cari menantu lelaki
selamanya die takkan berjaya
mana tahu die akan jadi jutawan pada masa hadapan?
Allah noe the best for His slave..dan Allah Maha Mengetahui
baikla kawen kan je dari derang buat benda tak senonoh nanti


~~so adik-adik yang amek result eSPieM, kalau yang berjaya tahniah.yang dapat siket, dun worry la..Allah nak uji korang tu..suruh korang usaha lebih lagi...jangan sedeyh sangat tak dapat pergi oversea ke masuk ipt yang korag idamkan ke...ada banyak lagi cara korang boleyh berjaya...rezeki Allah tu luas...and He noe the best for you...biar susah dahulu, senang kemudian.baru la kita rase kepuasan tu bila dah berjaya nanti
dah berjaya nanti leh lompat tinggi-tinggi macam ni..hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...