Followers

Thursday, May 20, 2010

OMG!!!

Masuk-masuk shift tadi, terus ada meeting selama sejam. dan selama itu jua kami terpaksa berdiri sambil mendengar 'syarahan' daripada bos kami mengenai isu chemical handling and safety. PERGHHH lenguh sangat kaki!!! dahla lutut aku blah kanan ni problem sikit. masa zaman dedolu la ni, main sakan sampai terkehel siap bengkak tapi tak pergi urut pun.

Lepas dah abes meeting, trus pergi usha plate agar cukup tak untuk buat hand swab. kira-punya-kira,tak cukup la pulak kan. jadi kne la pulak pour media -YGC-VRBA-PCA-. pour la dalam sebotol tiap satu. satu botol = 25plate. label dulu plate baru pour. susun plate, label plate -CM-19/5-BE18-. pastu isi pulak dalam bakul 'pink'. aku pun keluar la ari micro room bukan bilik saiz micro tapi bilik untuk buat microbiology test. cabut lab coat bagai.lepak jap kat belakang tu. kunyah pau kacang goreng.sedap wo, panas-panas memang bes la.sambil kunyah sambil usik kak lin yang tengah install kaler dalam cabinet.

tengah khusyuk kunyah pau kacang ni, tetibe, "preng!!!" camni eh bunyi kaca pecah??bantai jek.. botol kaler yang kak lin pegang tu terlepas dari tangan die.aku tergamam jap. nasib baik tak tersekik je dek kerana terkejut. tapi aku tetap menghabeskan pau kacang tu yang sedap..hehehe..aku tak leh gerak sebab lantai dah dipenuhi dengan kaler ungu a.k.a purple = grape. kalau aku bergerak komfem penuh satu lab dengan kaler purple sebab kaler purple tu terpercik kat area kasut aku. Dan kaca bersepah-sepah.Dalam hati dah terdetik dah,''boleh ke nak bersihkan ni..banyak sangat ni. 1200ml!!.'' Siap terpercik ke dinding, almari, muka kak lin,fridge, distilled water. tudung aku turut menjadi mangsa. nasib baik kedudukan botol tu rendah je, kalau tak, mau sampai siling dan dengan aku-aku skali kne mandi kaler.

bermulalah episod cinderellas bekerja. Aku, ati, kak lin dan miss tan bertungkus lumus mengilatkan lantai. azrul dengan JJ turut tolong bersihkan.masing-masing dah cuak sebenarnya sebab sangat bersepah dan baru saja masa meeting ditekankan tentang 5S. Habis tisu satu gulung. mop pun dikerjakan sampai jadi purple.siap pakai glove, precaution dari terkena serpihan kaca.tarik keluar wardrobe nak bersihkan kat tempat selit-selit.akhirnye selama sejam jugak la kami membersihkan kawasan tersebut. Bayangkan memang penuh gila warna rasa macam ''ish mampu ke nk bersih kan ni??'' tapi bersih sangat ok.siap abg jamal cakap, ''macam takde pape happen.korang main-main je eh?''

lab sangat berkilat.dan yer!! sgt rugi tak tangkap gambar sebelum dan selepas...hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...