Followers

Showing posts with label practical. Show all posts
Showing posts with label practical. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

serba ungu di hari terakhir

dengan mak cik lela yang bes untuk bergosip

disebalik pokok..xsangke muat..bsa jugak pokok ni atau kitorang yang kecik??

kak yuni yang besh...stok lepak kat surau sambil 'berzikir'

depan kilang..ni dah habes tawaf kilang dah

dengan crate pon nak tangkap gambar jugak...haila~

bersama kak lin terchenta

in puzzle...credit to amar..he did it!!

lab yang meriah...tapi tak cukup korum..abg amir, abg nizam, shahril tiada dalam gambar

with miss carmen and miss tan atas bench yang sangat 'berguna'

hari terakhir lunch di mama...bermula dengan mama berakhir dengan mama tengok bola jua di mama...laicikang mama sodap!

ati dan ili

dengan cik receptionist yang sporting...zila
selalu pow sweet dengan die...hehe

pose menarek kat lab
purplelicious

jejaka-jejaka QC
abg madi, paan, abg jamal, en yaacob, zack, rasyid

sayonara semua....all the memories will never let go....

Friday, June 25, 2010

boring

tetibe terasa rindu suasana malam di fonterra
taim malam, bos-bos takde so agak seronok la
bleyh online, pasang lagu kuat-kuat sambil buat keje
kalau lapa dan busan, keluar cari makanan
sebut je restoran kat area kota kemuning dan jalan kebun tu
semua kitorang penah jejak
mama tomyam, nipah, bersila, anis wanis, asiba, mama kandar, md noor, dapur kota, resepi bonda, resepi ibu, mcd, secret recipe, pizza hut, old town, seblah dapur kota yang tak sedap tu
semua dah penah jejak la...bes plak if dapat kua malam ni lepak-lepak sambil tengok bola
bukan dok mengular je, kitorang siapkan semua kejer baru pegi la...
bak kata madhu, bermula dengan mama berakhir dengan mama
very signifikan, sebab first day ktorg kat fonterra, kitorg lunch kat mama dengan en yaacob
so hari ni hari last pon makan kat mama jugak

rindu suasana malam di fonterra
haha walaupun buhsan jek sebenanye
tapi bile teringat dok merepek dengan azrul dan JJ
senyum sendiri...hahahaha

ok...aku dah mula teringat Fonterra sebab mood blaja TIADA!!!

sayonara Fonterra

26hb Jun 2010-Jumaat-Hari terakhir di Fonterra

dengan rasminya, kami berempat telah tamat berpraktikal di Fonterra selama 6bulan yang boleh dikatakan agak lama tapi merasakan sungguh sekejap 6bulan itu setelah saat dan ketikanya tiba pada hari ini. Banyak dah ilmu dapat dan pengalaman yang tak kan dapat dilupakan selama 6bulan tu. Dari kje normal ke kerja shift pagi dan petang...Dari zaman YB ke zaman LKH dan TCH...Dari Johan Jahan berhenti sampai la Azrul dengan JJ berhenti....demam 5S...kewujudan IP lab...bench depan micro lab...musim piala thomas ke musim world cup...6bulan...banyak btol bende terjadi...kesimpulannya..seronok berpraktikal kat Fonterra...hari-hari makan yogurt, minum CMD, buang DKY, telan fruit paste+white base,breakfast anlene choc, order susu+cheese+butter...pasni takde dah semua tu...sedeyh nyeee....

anyway sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua abg-abg labtech yang besh...abg jamal, abg nizam, abg madi, abg amir, en yaacob, farzhan, abg hidthir, en taufeq yang banyak bagi tunjuk ajar dan kongsi pengalaman.korang memang best la...tak lupa pada yang dah berhenti telebeyh awal, azmil, azrul, JJ dan john.lab tech baru, rasyid, shahril, wan serta trainee baru aqmar dan zack sila bekerja dengan rajen...dun play too much..hahaha...kak lin and mel owso....huhuh tak dapat dah kacau kak lin dan sakat dia...pasti kan teringat...

tak lupe kepada semua staff...
maintenance:hatta, en mokhtar, en hamdan, emi, saiful, en nawi, en nasir
DE:man, kak aini, kak su, zaki
process:yo, abg usop, nizam, en azraei, azhari, wafi, abg jeff
filling:peja, kak ida, kak azua, mizi
yogurt:abg yunaidie, abg sazlan
blowmoulding:abg sham, hamka, azam, kak pauziah, rasimon
warehouse:kak intan, abg jo, kak malar, mr. lawrence
wastewater:mr kwan and boiler man
org ofis:kak hani, kak linda, kak yuni, kak ann
macik lela tidak dilupa....

terima kasih yang tidak terhingga...pengalaman bersama anda tidak akan kami lupakan....semoga kita kan bertemu kembali...

**yeay...esok satay awan besar kol 8mlm...bos belanja!!!!

Wednesday, June 16, 2010

menghitung detik

lagi 3 minggu lebeyh aku akan kembali semula ke UPM meneruskan pengajian.wot-wot-wot final year dah...rase macam baru semalam dapat tau masuk UPM dengan course Bach. Sains dan Teknologi Makanan. Rase macam semalam je baru hangkot segala barang untuk register masuk Kolej Keenam, duduk kat Blok Cermai, top Floor, bilik 306, mengadap delima. Dok sorang-sorang, takde rumate. Siap rapatkan katil single jadi katil King size. pastu ikut orientasi seminggu, time tu la terpilih untuk mewakili kolej untuk seyembara puisi interkolej. hahaha wat klaka je. puisi nye pasal 50 tahun merdeka, takdela panjang pun tapi susah betul nak hafal.dengan nerveous nye, naikla pentas.deklamasi sajak.sajak tajuk pe pon tak ingat dah.yang pasti tak menang pun.hehe. mase orientasi tu, semangat 'kekolejan' sangat tinggi. lelagi bile cheers kolej, punye la semangat lawan cheers sampai sakit tekak.

hujung minggu orientasi, masing-masing sebok nak regester subjek.kalang-kabut jugak la sebab guna sistem siapa-cepat-die-dapat. Bermula semester pertama...mase minggu ketiga, keluar list name interview untuk hadiah MotorHero.candidates adalah dari mereka yang dapat result 3.5 and above mase matrikulasi dulu. so aku adalah salah sorang calon.waaa nerves ok.first time interview. interviewer Dr. Sahrim, Prof. Aziz dan Dr. Nora. hahaha yang lawoknye, aku suh member aku pegang kan resume, aleh-aleh, mase aku dipanggil masuk, kawan aku tu ilang gi mane tah.so masuk dengan takde resume plus nerves. lagi pulak member sebelum aku tu siap teghiak..

Pengalaman semester pertama memang takleyh lupe la...semester pertama, tahun pertama, priceless nye memory...naik bus first day nak pegi kelas...aku lah salah sorang muka yang tak segan tanye kat senior camne nak pegi sini, nak pegi sana.senior sume senyum je.biasela, junior....minggu pertama plak...malam sebelum pegi kelas tu, dah usha dulu kelas esok kat mane.usha dalam peta yang diberi.tanye kat senior.nak-nak pulak senior depan bilik aku, kak siti dan kak sab, bilik sebalah derang, kak niza dengan kak su, peramah sesangat derang ni so memang mudah la derang ni jadi rujukan aku.

hari keempat kelas dah start, junior lain sebok dengan hal bilik dan kolej, derang, kakak senior ni dah ajak aku pegi dusun belakang kolej.almaklumlah tengah musim rambutan mase tu. kenduri rambutan la gamaknye..hehehe makan kat dalam free, nak bungkus, RM 1 seKG. memang puas la makan rambutan sampai sakit tekak..hehe

mase first year la semangat berkobar-kobar nak pulun stadi.kononnye nak maintain pointer cam kat matriks dulu.sekali mak aih...susahnye!!!! result cukup makan je.lelagi dah masuk 3rd year, subjek fakulti, lagi la macam membunuh.bukan aku sorang je, tapi majoriti fudtech student ccakap blaja seronok, exam Ya Allah, hanya tuhan saje yang tau.rase cam dah sehabes pulun dah, jawab pon lancar je, tapi bile kuar result, pemende lagi la yang tak kene...buat junior-junior dan semua yang nak amek fudtech kt UPM, sila le belajar dengan sangat struggle dan learn by heart. sebab fudtech UPM adalah antara course yang agak susah nk score. dua tahun lepas, takde sorang pun fudtech nye graduate yang dapat Anugerah Naib Chancellor..*sigh*

so cik madhu...sila pulun habis-habisan-learn by-heart untuk final anda nanti...cecah 3 pon okdah....

Wednesday, June 2, 2010

half from a year`

harini dah 2hb jun mean dah separuh tahun s010 berlalu.dan saat yang ditunggu-tunggu bakal menjelma.hampir genap 6bulan berpraktikal di Fonterra.25jun ni habes dala.6bulan buka suatu tempoh yang singkat.lame tuu....selalu student praktikal 3 bulan je.paling lama 4bulan.tapi kalau praktikal 3bulan blaja ape la sangat.terkejar-kejar nak catch up all those things kat kilang tu.dari A zampai Z dah boleh tau dah selama 6 bulan ni.normally kalau freshy diploma graduate, dapat kejer kat sini, after 6bulan tu dah boleh conferm dpt jadi pekerja tetap kat QC department ni.
lepas 6 bulan, memang dah hafal la name sumorang dalam kilang ni.lagi-lagi masuk shift ni, lagi kenal dengan mereka-mereka ini.arakian banyak jugak aku blaja dari mereka.process nak buat yogurt pon dah mashi. dari tipping, mixing, pasteurizing, incubate culture,cooling, flavor batching, packing and installing to warehouse mmg tu dah lekat dalam otak la. bottle making pun dah muak dah ngadap selama 6 bulan.hoho baru 6 bulan dah rase buhsan..hehe

dalam 6 bulan ni jugak, ade la beberapa orang processing yang berkahwin.nizam dah lepas, 16th may.zaki sabtu ni, dan man ahad nye plak.ingat nak pegi man nye kat area kg melayu subang, tp taktaw lagi jadi tak.anyway, congratz to all of you.semoga berbahagia ke anak cucu dan moga bercinta sampai sorga~

ha tengok, 6bulan ni memang macam-macam pengalaman lah dapat.orang nak kawen pon kitorang dapat jemputan.dah kamceng kan..hehe.nak pegi picnic pun derang ajak.haritu main bowling pun, suh buat satu team.hehehe...semalam, ade 2 trainee baru.from unisel cos biotech.guys.sorang melayu, amar, sorang lagi cina, zack.so they become our protege and we have teach them wut we are doing now cz they will replace us and continue our job. so far ok la.umur mereka tua lagi dari aku so agak weirdo la kne aja yang lagi berumur.
yang ni lagi besh..al-keysah...seorang makhluk asing telah menetap di sebuah perkampungan yang penuh dengan pinggan agar, penyimpan pinggan, botol-botol agar dan semua lah yang ade kne mengena dengan makhluk tuhan paling halus. makhluk asing tersebut telah menyepahkan keadaan kampung dan menyebabkan pengawal yang menjaga kampung tersebut mengamuk. Hasilnya, makhluk asing tersebut dipersalahkan tetapi dia tidak mengaku dan menyatakan seorang gadis ayu yang melakukan penyepahan tersebut. Ini telah membuatkan gadis ayu tersebut 'makan dalam' kerna dia sering dijadikan hamba makhluk asing itu dan tetiba boleh pulak dituduh sedemikian rupa. versi lain pula, botol-botol agar tidak diselenggara dengan baik dan tidak dipastikan cukup untuk dituang di atas pinggan. ini membuatkan seorang jejaka cute bengang dan menyimpan hasrat untuk menegur makhluk asing yang biadab itu. setelah 'buka meja' dan petisyen dibuat, rupa-rupanya sangat ramai yang tidak berpuas hati dengan makhluk asing yang tidak berhati perut mahupun limpa serta buah pinggang.
ape kesudahan keysah makhluk asing tersebut?kite tunggu petang ni...ha dan keysah zebra berpayung itu memang tiada perkembangan kerna pemiliknya mengikat mulut dan tiada sebarang isu yang timbul.kire nye, senyap macam tu je la.takdepun arise kne bayar ke hape ke.tapi memang zebranye calar teruk siap kemik di bahagian perut.

Allah know the best for you...accept the fate and you will know its hikmah..

Thursday, May 20, 2010

OMG!!!

Masuk-masuk shift tadi, terus ada meeting selama sejam. dan selama itu jua kami terpaksa berdiri sambil mendengar 'syarahan' daripada bos kami mengenai isu chemical handling and safety. PERGHHH lenguh sangat kaki!!! dahla lutut aku blah kanan ni problem sikit. masa zaman dedolu la ni, main sakan sampai terkehel siap bengkak tapi tak pergi urut pun.

Lepas dah abes meeting, trus pergi usha plate agar cukup tak untuk buat hand swab. kira-punya-kira,tak cukup la pulak kan. jadi kne la pulak pour media -YGC-VRBA-PCA-. pour la dalam sebotol tiap satu. satu botol = 25plate. label dulu plate baru pour. susun plate, label plate -CM-19/5-BE18-. pastu isi pulak dalam bakul 'pink'. aku pun keluar la ari micro room bukan bilik saiz micro tapi bilik untuk buat microbiology test. cabut lab coat bagai.lepak jap kat belakang tu. kunyah pau kacang goreng.sedap wo, panas-panas memang bes la.sambil kunyah sambil usik kak lin yang tengah install kaler dalam cabinet.

tengah khusyuk kunyah pau kacang ni, tetibe, "preng!!!" camni eh bunyi kaca pecah??bantai jek.. botol kaler yang kak lin pegang tu terlepas dari tangan die.aku tergamam jap. nasib baik tak tersekik je dek kerana terkejut. tapi aku tetap menghabeskan pau kacang tu yang sedap..hehehe..aku tak leh gerak sebab lantai dah dipenuhi dengan kaler ungu a.k.a purple = grape. kalau aku bergerak komfem penuh satu lab dengan kaler purple sebab kaler purple tu terpercik kat area kasut aku. Dan kaca bersepah-sepah.Dalam hati dah terdetik dah,''boleh ke nak bersihkan ni..banyak sangat ni. 1200ml!!.'' Siap terpercik ke dinding, almari, muka kak lin,fridge, distilled water. tudung aku turut menjadi mangsa. nasib baik kedudukan botol tu rendah je, kalau tak, mau sampai siling dan dengan aku-aku skali kne mandi kaler.

bermulalah episod cinderellas bekerja. Aku, ati, kak lin dan miss tan bertungkus lumus mengilatkan lantai. azrul dengan JJ turut tolong bersihkan.masing-masing dah cuak sebenarnya sebab sangat bersepah dan baru saja masa meeting ditekankan tentang 5S. Habis tisu satu gulung. mop pun dikerjakan sampai jadi purple.siap pakai glove, precaution dari terkena serpihan kaca.tarik keluar wardrobe nak bersihkan kat tempat selit-selit.akhirnye selama sejam jugak la kami membersihkan kawasan tersebut. Bayangkan memang penuh gila warna rasa macam ''ish mampu ke nk bersih kan ni??'' tapi bersih sangat ok.siap abg jamal cakap, ''macam takde pape happen.korang main-main je eh?''

lab sangat berkilat.dan yer!! sgt rugi tak tangkap gambar sebelum dan selepas...hehehe

Saturday, May 15, 2010

a cup of yogurt before sleep

hari ni, at this moment is Saturday
weekend has arrived!!
yahooooo!!!
hotz story~~
mase aku masuk kerja pukul 3 tadi havoc jugakla satu kilang membicarakan insiden yang berlaku lewat malam tadi awal pagi tadi...Jam 0430...satu kemalangan telah berlaku di warehouse-ingredient store-tempat di mana segala ingredient untuk produk di tempatkan. Seorang pekerja telah mengalami cedera parah, parah jugak la..., akibat terhempap pallet semasa menempatkan pallet pada kedudukannya menggunakan forklift.

pallet

forklift

Akibat dari kejadian itu, mangsa yang dikenali sbg Amran (bukan nama sebenar) telah mengalami pendarahan di kepala, kecederaan di lutut dan buku lali. Mangsa dijumpai telah pengsan oleh para pekerja contract di kawasan itu dan dikejarkan ke SJMC. Kepala mangsa telah dijahit dengan sembilan jahitan dan keadaan maView Blogngsa stabil tetapi mengalami sedikit gangguan ingatan. Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali menyambung tugasannya.

hahaha ayat siyes macam berita...credit to maDhu @_@


Wednesday, April 14, 2010

ape nak buat kalau tangan dan kaki dah macam belon

semalam pas balik keje, kaki dah start gatal
so aku garu je la macam biasa
pastu dah nak tido tu tangan pulak gatal
pastu ada macam bijik-bijik berair
so aku bia jela
sebab nye kekdang aku jadi camtu jugak tapi selalunye esok dah ok dah
pastu aku terjaga pukul 3 pagi
sebab angah tak tido lagi
pasu aku tengok tangan aku...gatal sesangat!!
"weh ngah apesal jari aku ni bengkak eh?siap tak leh bengkok...gatal gile!!"
pastu belek punye belek sambung la tidow
dalam pukul 5 pagi camtu aku terjaga
kaki ni gatal yang teramat...garu lagi..hahaha tak tahan ok =p

pepagi bangun..siap-siap pegi kje...
mase ngah drive tu sempat lagi membelek jari yang dah macam belon
nak genggam pon tak boleh..tak dela sakit pon..gatal GILER JER!!
jari manis dengan jari tengah...kalau pakai cincin, comfem tak muat..
kaki pun dah start tumbuh bijik-bijik tu...tp xde la berair pun..nampak kembung je
macam ikan buntal..
badan pun cam penat semacam..padahal malam tadi 830 aku dah tido

balik keje terus pegi klinik barakah
belakang umah je
Dr. suspek penyakit tangan, kaki dan mulut (HFM)
symptom nye bengkak pada tempat jangkitan pastu cam bijik-bijik
demam...suhu badan naik sikit la...37.4 degree
ulser..xde la pulak..tp ade bijik air kat area mulut
tekak tak sedap...dah beberapa hari jugak la..lepas batuk hari tu.mcm ada kahak tapi tak da pun
perubahan warna air kencing..Dr. kate normal setelah buat urin test
ada problem kencing..tak de plak..ok je sume
kurang selera makan....sgt berselera untuk makan..tak berhenti..hehe

baru suspect je...doc bg antibiotic, ubat selsema dan paracetamol...
doc ckp kalau makin teruk kene pegi sepital..masuk ubat..haiya...
esok nak apply MC...xlarat r...jalan pun dah tak betul..dedua tapak kaki dah bengkak dah sekarang..tangan belah kiri ni pun hampir semua bengkak dah....

Sunday, April 4, 2010

duit gaji

mase praktikal ni dapatla gaji siket
dalam RM***...tapi bulan ni laju je abes...apesal eh?
  • blanja buku mase pegi bookfair
  • duit minyak...yang ni sendiri tanggung..banyak jalan, banyak la guna minyak
  • merewang pergi bukit cerakah haritu...tak bayar lagi dengan mira n abang nizam haila~
  • duit makan...keje pagi, makan lunch..kje mlam, makan dinner..tp kalau orang belanja..selamat duit..hahaha
  • berjalan dengan cik huwaida hari tu..
  • pegi UPM hari tu, hang out jap dgn pkah and wani kat mines..lunch
  • adela sikit guna untuk barang dapur
  • topup...tu pun RM10 untuk 2 minggu..RM5 maxis, RM5 lagi celcom
aish..abes dah..nk cekau mane?takkan nak sentuh saving nye duit?alahai...

Friday, February 26, 2010

working is soooo fun!!!

a week ive started my evening shift
n it was sooooo fun without feeling stress
and i owso learn a lotz~~suda tere wooo..
the most part yg paling heaven ialah jumpe bos sikijap sje
the rest of time leyh lepak-lepak, makan-makan aish tp still bwat kje okey
banyak jugakla bende yang budak-budak praktikal ni buat
tp the seniors xpenah buat... notti-notti things hehehe =D
on monday azmil and abg hidthir xmasuk..they'll MC
so abg madi masuk awal and john extend till nite
we (aku and ati) learned how to prepare the chemicals such as HCl, NaOH, EDTA etc..
not so difficult but still have to follow some technique esp when prepare EDTA
if the proportion and the molarity is a bit differ, it will affected the reading of Ca2+ test
later it will cause error to products

then learn the rite method to measure fat content in milk *yogurt
use high molarity H2SO4+alcohol
when all the ingredient have mixed together macam masak plak
it will turn hot..siyesly..very hot n u hv to use rubber glove to shake it and replace into the special oven
the test takes about half hour to complete
and we can get the reading of oil=fat content in milk

learn about yogurt test sgt besh dan mencabar cz we have to dilute it with distilled water in certain proportion
then only we can doing test on it...
~titratable acidity, pH, Total solid content
hehe the best part u can suck the yogurt using pipet...

and tadi aku bancuh bacteria culture lactobacillus sp.
with JJ direction aku pon buat la
huwa tapi kalau contaminate and any problem arise
aku la yg kne!!!
tapi xleyh slahkan aku je..azmil mengacau dgn sgt ganas without clean his hand...siap tumpah meleleh-leleh
this is one of the critical part in doing dis product
kalau anda bersin, memang contaminate habes la....
so we must sanitize the area, the scissor, the packet of bacteria culture, the container for mixture etc with alcohol...
consist ur hand also..very important...

and yurp...sewonok begaduh dgn orang2 shift mlm ni
en.azmil- he asked us why we called him azmil jek...nape xpanggil en. azmil..haiyu~~~
abg hidthir-da lme kot xkje sesame dgn die..
JJ-hv fun help him...learn more from him
enjoy having dinner with them
next week aku shift pagi...same as them..but i think abg hidthir shift malam jugak..asal ek??
in dilemma whether nak masuk pukul 7am ke pukul 830am...

p/s:tnkiu belanja makan...hehe kami dapat ang pow..company bagi yeay~~!!


Friday, February 5, 2010

dailyschedule

today im working
**bored sbb xde kje sgt...besh sbb enjoy bekerje..cemane tu??

tomorrow off
**rest and charge my body

sunday-work
**carrefour kota kemuning bakal diserbu oleh madhu dan atie ngehe

monday off
**anyone wanna date with me??may have a lunch with samwan..lalala~~

tuesday until friday-work
**mesti bekerje dgn gigih
---stress test, deffective stress micro test, ngap yogurt(itu semestinye), micro test for complaint product, throw the bottle drain the yogurt into the sink (what a waste!!)

saturday to tuesday---holiday!!!!!yipeee~~

the conclusion is...next week i'm only for 4days...ngehe (",)

weekend arrives <*_*>

yesterday is serabut plus buhsan at work

today is happening and enjoy yeay

only me and mira were worked today

these are my practical partner

mira
atie
erni
madhu

n today ati off..erni mc

plus eksen kamen our supervisor masuk lambat

jadi kami have a lunch with en yaacob and mr azraei

at pizza hut!!!!ngehe...

dan ktorg pegi lunch lbh kurang 2jam jugak

hahah n memnuhkan perut dgn piza yg sgt sdp..

lagi bertambah sedap org blnje plak kan...

pastu disebabkan sume kje dah siap

including destrcutive test yg hanya satu batch je

and en taufek sgt baik hati "tayah buat la micghob test"

aku follow mira pegi tpt filling Cultured milk drink(CMD)

and blow moulding room (bottle making room)

snap pic with full hygienic dress :jumpsuit,mask, ear muff, white boot mcm phua chu kang tu

ngehe....later i share those pic...bukan sng nk dpt pakai jumpsuit yang ala-ala astrounut bumi

habes snap pic n borak-borak

kami pun pulang

hr ni kje sgt bes..hehehe

Thursday, February 4, 2010

meh nak vacuum...bersawang berhabuk dah


dah sebulan lebih jugak tak ber'blog' ni
sbb mls nk taip n frust nk masuk pic pon lembab gile
ape kehal tah..
and after a week internet br elok stelah meragam
bleh kate hari-hari aku cal TM hotline
smpy telephonist pon da knl name aku

anyway dah sebulan lebih dah praktikal
lotz of things happen
tapi malas nk citer kt sini
simpan sndiri sudah
we got new assist manager br yg sgt 'berkaliber'
and our supervisor pon dah kne trnsfer
still thinking who is responsible to b our supervisor us rite now
yihuuu any one can answer it???
next week kje 4 hari je...tp ahad ni kne kje plak
mmg aku tdow je la nnti kt lab tu..

not in mood nk tulis pepjg...

Monday, December 28, 2009

first day at Fontera

hr ni bermula lah aku bertugas sbagai Quality Control (QC) dekat Dairymas@Fontera
journey nk g kilang tu hanye ambil mase +-12min
pg td mmg agak liat untuk bgn sbb bdn sgt pnt stelah bertungkus lumus berkerja untuk knduri 'ad dan k.wawa smlm
n mlm tu plak anta angah blk UIA
so pepg tu pas solat subuh berjemaah dgn abah, umi dan acik
aku tdo blk
dlm 740 cm tu br la aku mndi
siap2...korek dokumen nk di bawa..
then dh pkul 8.02 br aku trun...packing lunch *mak packing kan.pulut dan smbl tumis bilis..hehe
mnum secan horlicks...815 br stat enjin
dan terus memecut ke kilang tu
smpy2 je...mira, ati n erni da msk da...aku je lmbt
hahaha selamberk...
tp lme guk r tunggu...wakil HQ dtg
kire cm berbaloi gak la aku smpy lmbt..

xlame pas tu dtg la sorg cine ni
wakil HQ*sory xigt name...hehe
bwk ktorg ronda satu kilang...dr tmpt ingredient store..
pastu production...wastewater..water supplier smpy la kt lab ktorg kje
ktorg di perkenalkan dgn our supervisor
*again i forgot her name...hehehe
pastu dgn sume staff yg relate dgn kitorg...
then they'll provided vest for each person, marker n pen
those 3 things are very important for QC
kalau xpky vest, xleh kua bejalan merata kt area kilang tu

then knl lak dgn staff
k.lin, en. yaakob, en. taufik, azrol,azmir
patu ade 2 org gak prktikal *dr mne aku xigt
yew ni laki n sape tah lg sorg...hehe pompan

pastu divide tugasan
ati-check batch production
mira-pegi production line
erni-check temp kt chiller store pastu buat coliform test mnde tah test lagi
aku-analyse water supplier dgn wastewater n water discharged

so dgn berbaju kurung.
aku pnjat sgl tank
untuk ambik sample
supply water
treated water
wastewater
discharged water...
pastu analayze COD (chemical oxygen demand), DO (dissolve oxygen)
chlorine level, total soluble solid etc etc...
pastu wat coliform test etc
kalau bcaan exceed atau lower
kne inform dkt org yg incharged bhgian water supplier
dgn wastewater treatment

smbl tnggu result
aku tolong ati arrange botol
untuk direkod bg tujuan analisis
abes kje dlm pukul 5 lbh,,,
lpak2 jap...minum yogurt..mkn yogurt..pow yogurt
patu blk...
kitorg ber3 blk dulu sbb mira xsiap lg kerje..
kol bape tah die balk..

n lunch td en. yaakob blnje kami byr..hahhaha
ok la..sgt pnt...sgt ngntok
mau tdow...
kerje yg sgt byk bakal mnanti pd esk hr.,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...