Followers

Friday, August 11, 2017

Dabel tripel sakit hati

Malam ni aku rase sakit hati dabel tripel (kalau boleh beribu-ribu lemon). Dah ler harapan nak tengok tv punah disebabkan en.husb main bola kat ps4 die khusyuk tak hengat. Sensiang memang harapan sangat la dapat tengok tv sebab si bujang tu tengok kartun je. So malam, bergunung-gunung la harapan dapat tengok tv sebab uwaeis kalau ayah die balik, boleh saja dapat tv tu. So kengkonon boleh la aku menempel tengok tv. Tapi sejak ade ps4 ni, haih memang merana rasanya. Rasa nak buang ps4 masuk laut china selatan je. (Mood: geram)

So aku membawa diri pergi bilik air, type post kat blog guna Bloggeroid. Punya tulis berjuta-juta patah perkataan, sekali tak boleh publish. Aku save as draft. Cek balik, HILANG! Ya Allah bengang gile rasa.

Gigih aku bukak laptop, godek-godek tapi tak jumpa jugak kat draft. Bukan tak jumpa, TAKDE LANGSUNG. Ok dabel bengang.

Then aku buat la post tadi 'Bloggeroid hampeyh' . Kengkonon nak buat fancy-fancy sikit letak background, sekali satu post die bantai background. Aku cari ler background invisible, TAK ADA! Tengah godek-godek datang Uwaeis baring kat pangku, raba-raba ketiak aku. Dah la aku tengah panas.

Laki aku keluar tadi, balik pasang citer minah motor. Pastu aku die kata kat aku, tak tengok pon tv. Baik main game je. Aku memang dah tak de mood nak tengok tv. Bengang.

Dah. Memang dengan dedua beranak aku emo sekarang ni. Haih la.. aku tutup laptop. Naik terus. Menyampah.

Bila dah jadi mak-mak ni, kita la kene jadi PALING SABAR, PALING MENGALAH, PALING SEGALA LA. (Kadang-kadang rasa nak lari rumah hehehe). Yela yela tengah feel the moment. Tengah nak jadi penyabar.

-> Bila tengah sedih camni, seronok kalau dapat pinjam bahu sesiapa supaya lebih tenang. Dah la. Tidur dulu.

*rasa nak beli tv lagi satu untuk diri sendiri*

Friday, August 4, 2017

Dating berdua suwit-suwit macam dedolu

Assalamualaikum semua....
bajet orang bace sangat blog kau ni Hani πŸ˜…πŸ˜…

Lamaaa sangat tak update blog. Orang kate bersawang berhabuk bersangkut paut. Eh? Walaupun Hani tak update, Hani sayang nak tinggal blog ni. Lama tau asal usu blog ni. Dari zaman muda remaja belia, undergrade, anak dara, wanita bekerjaya, dan sekarang dah kahwin, suri hati abam chef, mother of two couple child dan ladypreneur. Perghhh kemain panjang lagi ha descriptionnye.

Ate malam kelmarin kami sampai Melaka. Lepas teman abam chef tengok machine untuk mantopkan lagi production pes nasi arab dekat alor gajah. Lepas settle makan, mandikan anak-anak. Abam chef sebut la.

"Yang, kite pegi jusco jom esok. Jalan dua orang je. Pegang-pegang tangan, sweet-sweet, dating macam dedulu tu."

"Habis yang dua ketul tu nak tinggal mana?"

"Ala kita tinggal je la dengan awe dan atok"

Hahahha bertuah nak tinggal. Iye la sangat. Si abang uwaeis tu pantang nampak ibu lesap depan mata. Tinggal 5 minit, terus cari ha. Macam dah lama tak jumpa.

Yang si adik hurieyah lagi la, orang dukung je, terus ha melalak. Nangis berair mata macam kene dera.

Cita-cita nak berdating tu kita simpan la yang 5 tahun lagi. Iyela. Omak eh tak kerja, jadi memang dah melekatt aje ler. Lain ler boleh lepas hantar pergi taska ke, tinggal jap dengan sesiapa ke. πŸ˜…πŸ˜…
harapansangat

Friday, December 2, 2016

Nak jalan nak keluar!

Hati ni meronta ronta nak pegi jalan jalan,keluar dari rumah. 44hari confinement duduk dalam rumah even yela ade balik batu pahat,balik melaka,balik shah alam. Tapi still dalam rumah. Aku semalam dah berbunga-bunga dapat jalan pegi GM. Tapi hasrat tak kesampaian sebab mak merajuk pulak. Jadi balik la rumah balik. 44 hari duduk dalam rumah. Lepastu uwaeis kene chicken pok pulak,tambah la lagi seminggu kene duduk rumah.

Cuba bayang, duduk rumah tak keluar, dan takde orang kat rumah. Ade la budak dua ni je. Bosan sangat3!!!!! Kalau duduk rumah abah, ada la orang nk sembang. Dan ada extra kereta kalau nak keluar pun. Ni kene terperuk je kat rumah. Ye, ade keluar setakat duduk dalam kereta. Tu pun lepas merayu baru dapat keluar.

Tak suka nak share kat fb sbb friendlist ade abah,mama, mak, makcik2 dan pakcik2. Macam tak seronok la ko nk bersosial sgt dlm fb tu sbb semorang boleh baca dan boleh tau.

Teringin nak keluar, makan apa yang nak tanpa perlu org tanya, sedap ke, bes ke, mahal x. Aku kalau bab makan tak kira dah. Janji teringin nk makan dan suke try makanan baru,makan je. Tp kalau shopping aku xberapa sangat. Sebab duit takde sangat, jd xde la nk membeli sgt.

Seronoknye kalau dapat keluar,dapat makan ape yang nak, dpt jumpe orang...

Wednesday, October 12, 2016

Alhamdulillah for newborn princess

Harini 12 oktober 2016. Akhirnya princess yang dinanti keluar jua akhirnye. Welcome to the world sweetheart. Padan la semalam ibu suspend je. Bukan semalam. Dari malam kelmarin ibu suspend sebenarnye. Apesal awk ni dok aktif sangat pepagi buta ni. Ibu nak tidur pun tak boleh. Xselesa. Pusing sana golek sini. Tidur jugak la. Tapi ibu puas hati la sebab dapat mkan roti canai malam tu.heee

Semalam 11 oktober 2016 ibu dah suspend dah. Confius pun iye jugak. Contraction ke sakit perut nak berak ke sakit bontot sebab tidur tak betul. Hahahah... jadi ibu pun buat la keje. Mop lantai,basuh kipas, berus kain kain lap tu,lap lap kabinet dan bunga bg takde habuk. Puas hati ibu rumah dah kemas. Maghrib dah keluar blood clot. Terus mesej ayah suruh balik dari mancing die. Seriau dah ibu.

Ayah pun kalut la balik. Hahah die yg suspend. Ibu boleh rilek lagi. Ibu masak daging masak merah dgn kobis masak lemak faveret maksu amnah dan abang uwaeis. Pastu makan la dulu sebelum hantar maksu balik umah nenek.

Lepak dulu umah nenek, solat,makan coklat kek, tengok bola. Baru pegi hospital. Masuk masuk dah 4cm. 1130 malam. Kol makcik suruh bawak susu utk abg uwaeis dan air kosong. Makcik datang tok wan dengan tokma menyusul. Sembang sembang. Kol 1 diorang balik baru ibu rase sakit. Sampai pukul 3 baru masuk labour room. 340 am princess ibu dah keluar dah. Kejap je sayang...alhamdulillah Allah permudahkan.
630am princess ibu dh kenyang nenen. Tidur sampai sekarang...muke comei cam ibu...heheh

Monday, October 3, 2016

A housewife

Assalamualaikum dan salam sejahtera...adoi skema sangat....hahaha

Ni monolog dalaman aku. Tak suke cerita kat fb or ig sebab public sgt. Kat blog bukan ade org bace blog kite kan. Zaman bloging ni dh luput dah. Suam suam kuku je sekarang. So let's start.

Hari ni dah 38weeks n 5days pregnant second baby. Actually emosi aku agak terganggu dengan cerita husband aku semalam. Even takda effect kat diri aku pun tapi aku memang spesis yang senang terganggu emosi. Kalau baca novel pun aku boleh jd tak betul sikit ni lagi real stori kan. Jadi hari ni aku rase sedikit emo yg rasa nak nanges tanpa sebab.

Since dah 2 tahun jadi fthw (fulltime housewife) yg memang duk rumah je, ade mase aku rase sangat bosan dan perlu kawan utk sembang. Yer aku memang sejenis orang yang tak reti dok sensorang. Aku sejenis yg suka sembang, dan bersosial. Even arwah ummi pun tau aku tak boleh keje tak jumpe orang. Tetibe jadi housewife, stranded kat umah, dan aku macam bukan diri aku. Sehari dua ok lagi. Tapi kalau masuk hari ketiga aku dah menggelupur la duduk umah.

Ye jadi fthw tu pilihan aku. Tapi sangat jeles dengan suami aku sebab die boleh dengan gembiranya jumpa kawan kawan die setiap minggu. Argh bukan setiap minggu. Almost setiap hari. Aku bukan tak bagi diorang jumpe. Cume aku jealous sebab aku tak boleh camtu even once a month pun susah. I also want me time jugak. Boleh tak, dalam hati ni memberontak je rase. Aku cuma rasa me time bile aku pegi buat routine check up kat kk botanic. Sebab aku rase bebas jap, boleh drive sana sini. Tapi sebab teringat uwaeis cepat-cepat aku balik. Ikot hati nak je pegi jalan-jalan kat jj sebelah tu sorang-sorang.

Yezzza bile jd fthw tu hidup kite hanya family ( husband dan anak-anak). Sembang pun dgn anak-anak. Kalau cerita dengan suami pun nak tak nak je layan. Asik la dengan hp. Ko rase ape?ibarat cam sembang dengan kerusi dan meja... ntah la...kalau msg pun takde nak reply. Kalau msg kawan-kawan tu macam-macam. Dengan isteri seorang macam di anak tirikan. rindu nk kerja dan kawan. -akuyangmenangis- cukupla confession ni...

Thursday, September 10, 2015

It has been 2 years!!

Bismillahhirrahmanirrahim....
Krik krik krik krik...
Ehem.. Assalamualaikum w.b.t.

Laaaaaaaameeeenyeeee tak tulis kat blog sendiri ni. Rindu pulak zaman blogging. And yeah it has been 2years since last posting!!! Last July 2013, ni dah August 2015 hokey. Last post pasal baru kahwin sekarang dah ade anak setahun. How time flies~πŸ˜€πŸ˜€

Actually sekarang ni kat PCB, Kelantan for our small family vacation (just 3 of us😍). And today is our 2nd day. Since i can't sleep since awake, and dah habes ronda fb dan ig, tibe teringat this blog yang dah lama tak bukak and post. Selalu review je previous old post. Hari ni rase nk post since bosan dan macam best jek kalau post πŸ˜†. Pastu uwaeis and ayah still tidur lagi so lg la rase cam seronok.

Ouh ya for this 2 years, lots of things happen in my family. Pahit, manis, sedih, ketawa, gembira, duka. All in one.

12 April 2014
Today is my last day at MMSB before delivery. My due date for delivery is on 17 April 2014 (on my love birthday). Since my husband relatives stay with us for puden's convocation, we decided to eat pizza and celebrate early birthday for puden and mak ngah. I just told my love, "I think this baby will come out tomorrow so that they dont have to come back to KL again to meet the baby.haha..". My love said, " no, the baby must come out on 17th,no matter what."

13 April 2014
I started to feel stomachache and keep went to toilet. But I felt lain macam punye sakit. Nak tak nak, p kejut my love, jom ler ke sepital. Lain macam jek sakit ni. Macam da nak besalin jek. Lepas solat subuh, shoot to hospital. Check² 5cm already. Breakfast roti 2keping, minum milo, kencing berak sume, terus nurse pecah ketuban, alhamdulillah, safely delivered a baby boy, 3.19kg, 56cm, normal. Alhamdulillah. We decided to give name Muhammad Uwaeis bin Ahmad Saifuddeen. Ummi kesayangan sempat bagi air doa sebelum bersalin, tunggu luar bilik bersalin dengan abah, dan tahnik bayi yang comel ni. Alhamdulillah.

29 April 2014
Pepagi angah dah pergi hospital, ingat kan dah bersalin. Tapi rupenye baby tunggu tok mi dia discharge dari HKL. Ummi warded dah seminggu. Ummi sampai je maghrib, terus angah bersalin. Alhamdulillah, ummi sempat sambut dan tahnik baby gurl ni. Ruqayyah binti Mohd Ezzani Iswan, 3.20kg, normal.

7 July 2014
Yeah, today is my last day at MMSB after 2years and 2month worked here!!! Yahoo!! Dah takde la penat bergaduh dengan bos kesayangan. Tapi I missed the moment worked together with kak kiah, ct, timah, zakiah, kak mala, abg azhar, jamil, en. Wong ramai lagi la. Yurp I missed people there and the job. But I've decided to be fulltime housewife a.k.a. professional house labour erk, ade ek term itu??

23 September 2014
Kami ke Langkawi for vacation. Me, my love, uwaeis, ummi, abah, piah dan acik. Actually abah ade meeting kat Langkawi pastu ummi ajak ikut. And puden say yes. Jadi ke Langkawi la kami. Even ummi tak berapa sihat, ummi tetap kuat bejalan. Naik cabel car lagi. Actually, last vacation before ummi tiada.😭😭😭

3 Disember 2014
Hari ni bangun pagi², abah kejut pukul 5pagi, tolong urut belakang ummi. Then sambung tidur balik. Pastu bangun subuh, ummi sakit lagi. Makan la painkiller. Pastu pukul 10 ummi sedar lagi. Ummi cakap sakit. Then, ummi tidur. Tidur yang tak bangun dah. Kami ingat ummi ngantuk sangat, tidur la. Dah zuhur, abah kejut solat ummi tak bangun. Sampai la asar. Piah kejut pulak solat asar, ummi tak sedar jugak. Bik jah balik, bik jah cakap ni tak lama dah. Kami tukar kan baju cantik, pakaikan tudung elok-elok. Habis je azan maghrib, ummi dah tak de. Mase tu rase sedih yang amat dan masih terbayang-bayang sehingga sekarang. Kalau teringat, pasti air mata menitis.

4 Disember 2014
Bangun pagi, terus turun, cek ummi kat mana, dah bangun ke tidur. Ouh ye, betullah ummi takde dah. Bau satu rumah wangi sangat.. Kami mandikan ummi, kapankan ummi dan hantar ummi ke rumah baru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga ruh ummi tenang di sana.

14 Februari 2015
Alhamdulillah masih di beri rezeki dan nikmat yang melimpah. Hari ini abah bakal berkahwin dengan seorang wanita yang tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Ummi memang telah berwasiat untuk abah berkahwin lagi dengan adik ummi yang kami panggil bik jah. Segalanya berjalan lancar. Majlis pernikahan diadakan di Pejabat Mufti, dan majlis diadakan pada hari yang sama di parking lot Masjid Negeri Shah Alam. So we got new mama in the house!!! 😎😎

April 2015
So this year genap la both cousin, uwaeis and ruqayyah setahun. It was one year excitement and joyful moment to see both of them grow, dari kecik, sampai meniarap, merangkak dan bejalan. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

30 April 2015 - 3 May 2015
Another family vacation to Tioman Island with FIL. And I was toooo excited for the first ime island tour. Despite, I have to arrange all the booking stuff (hotel, ferry) and arranged. Paling best was snorkelling!! First time okey dan takzabar for next island trip. Next year insyaallah ke Sabah bah kita!

Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. I wrap two years moment n one post. Next post tataw la lagi bila...hahaha
Budak dua yang dah setahun. Seronok tengok diorang main sama².

Tioman Island
Baby besar. 1year 5month already.
Perasmian buku dedicated untuk ummi.
Throwback a year a go... Dah macam kembar. Beza two weeks.

Friday, July 26, 2013

I have been married!!!!


Assalamualaikum w.b.t.
thank you for those yang follow blog ni...lameeeeeeee sesgt ak upload any post pon...almost a year jugak la..sbb las post taun lepas pon kan..hehehe..dari sebelum bertunang pada 23 dec 2012 sampai dah nikah pada 1 jun 2013... resepsi belah perempuan pon dah setel pada 7 julai... so tinggal resepsi belah laki..

Alhamdulillah everything going smooth...n now dh jadi bini orang... mrs. Saifuddeen... alhamdulillah..

"Lucky i'm in love with my besfren. Lucky to have been what i have been. Lucky to be coming home again."

Enuff i think. Lapaw n kebosanan ni kt arabain kitchen... eh moh ler buke kat sini. Ade iftar buffet. Rm 18 per pax. Menu nasi arab la.... makan sampai boncit..hehehe

Selamat berpuasa dan berbuka... ;)

posted from Bloggeroid

Saturday, February 16, 2013

Dinner dishes

Assalamualaikum...
Just came back from village for my cousin's reception..later I share the picture...now I want to share this..before I'm going back, I've thought this kind of clamps and craving about this... It can be found along way to Sungai Besar... mentarang... quite bigger size compared to lala and dua sebilik.. dua kali ganda la...and it is sweeter taste than lala..

I bought this only 1kg for RM12. Quite expensive couse the makcik said air laut tinggi sket jadi hasilnya kurang lumayan. Reached house, I wash its shell using unused toothbrush to get rid off the excessive mud. Washed thoroughly and blanched until its clam open. So its mean already cooked. Then picked out its flesh and cooked with onion, garlic, grind chillies, ketchup,lemon grass and basil. And wallah...its turns this...


Yummies...

Ate this with pucuk paku goreng and also this...


Sambal tumis sotong with petai belalang

Burrrppp...alhamdulillah...fulled already...im tired drove back...have a rest...goodnight...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...