punca??agak malas nak menghadap komputer tiada kerana 'semangat' ku telah di bawa lari ke leicester...hahaha takdelah...
senja tadi baru pulang dari LCCT-Alamanda kerna meraikan ummi ku...menjadi driver kepadanya kerna beliau kurang sehat...hari ini, 16 jun, mungkin tarikh keramat untuknya...Jejak kasih telah terjadi setelah 30 tahun tidak berjumpe dengan sahabat karibnya tika zaman belajar di nilam puri dulu.fuuuh lame tu...30 tahun dulu...umur ummi dah 50 tahun pada tahun ni.kira setengah umur ummi jugak lah..pertemuan yang tidak disangka-sangka. Jejak kasih bermula di 'mukabuku' melalui anak makcik Gai, Marhamah. Anak sulung makcik Gai ni diberi nama sempena nama ummi la...so ini adalah pertemuan antara Marhamah sr. bertemu Marhamah Jr. Makcik Gai dalam perjalanan dari Sabah, transit sebentar (5jam), sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu. Melihat sinar kebahagiaan yang terpancar dari kedua-dua wanita ini,membuat kami berempat (aku, acik, kak Mar, Muhajir) gembira melihat mereka berdua... tidak putus-putus gambar di ambil untuk mengabadikan pertemuan yang tak dijangka. Dengan izinNya InsyaAllah kami sekeluarga akan eprgi kenduri kak Mar hujung tahun ni...so dapat la holiday ke Sabah!!! sangat lame tak pegi holiday actually...
last weekend, join GRUM (Gerakan Responsif Ummah) anjuran KARISMA bertempat kat SRI Hira' dan Kem Lembah Genting. Dis year nye GRUM more adventurous than last year. dan yang sangat excitednye adalah dapat melepas rindu buat flying fox dan masuk hutan!!! tetapi agak terkilan sebab tak de jungle trekking dan tak puas mandi sungai...*sigh* tapi ape-ape pun memang besh dan enjoy...pengalaman paling tak leyh lupe, buat khidmat masyarakat mase explorace kat hospital. we have to get our own permission to enter the hospital and visit patients. and yeah my group got 3rd place!!!!!
hari ni hari Rabu dah.tinggal esok je aku ade kat umah.i took 4days off actually to follow my ummi to Bandung for her school trip.tapi takde rezeki, trip tu di cancelled pada saat-saat akhir.so aku dok umah, berlatih jadi 'isteri solehah' sebab bibik takda.hahahaha.every morning bangun kol 730, dah start tung-tang-tung-tang kat dapur, goreng nasi, masak nasi, tumbuk sambal untuk prepare breakfast untuk abah dan seisi rumah. pastu setel laundry, siram pokok, basuh keter ke, anta acik pegi sekolah, amek angah kat UIA, makan, tengok tv, main UNO. Kang dah tengahhari tu setat la ngantuk balik...hehehe tula keje selama 3 hari ni.
Esok nak servis kereta plak then pegi petrosains bawak budak-budak ni berjalan...yeah!!
No comments:
Post a Comment