Followers

Friday, August 11, 2017

Dabel tripel sakit hati

Malam ni aku rase sakit hati dabel tripel (kalau boleh beribu-ribu lemon). Dah ler harapan nak tengok tv punah disebabkan en.husb main bola kat ps4 die khusyuk tak hengat. Sensiang memang harapan sangat la dapat tengok tv sebab si bujang tu tengok kartun je. So malam, bergunung-gunung la harapan dapat tengok tv sebab uwaeis kalau ayah die balik, boleh saja dapat tv tu. So kengkonon boleh la aku menempel tengok tv. Tapi sejak ade ps4 ni, haih memang merana rasanya. Rasa nak buang ps4 masuk laut china selatan je. (Mood: geram)

So aku membawa diri pergi bilik air, type post kat blog guna Bloggeroid. Punya tulis berjuta-juta patah perkataan, sekali tak boleh publish. Aku save as draft. Cek balik, HILANG! Ya Allah bengang gile rasa.

Gigih aku bukak laptop, godek-godek tapi tak jumpa jugak kat draft. Bukan tak jumpa, TAKDE LANGSUNG. Ok dabel bengang.

Then aku buat la post tadi 'Bloggeroid hampeyh' . Kengkonon nak buat fancy-fancy sikit letak background, sekali satu post die bantai background. Aku cari ler background invisible, TAK ADA! Tengah godek-godek datang Uwaeis baring kat pangku, raba-raba ketiak aku. Dah la aku tengah panas.

Laki aku keluar tadi, balik pasang citer minah motor. Pastu aku die kata kat aku, tak tengok pon tv. Baik main game je. Aku memang dah tak de mood nak tengok tv. Bengang.

Dah. Memang dengan dedua beranak aku emo sekarang ni. Haih la.. aku tutup laptop. Naik terus. Menyampah.

Bila dah jadi mak-mak ni, kita la kene jadi PALING SABAR, PALING MENGALAH, PALING SEGALA LA. (Kadang-kadang rasa nak lari rumah hehehe). Yela yela tengah feel the moment. Tengah nak jadi penyabar.

-> Bila tengah sedih camni, seronok kalau dapat pinjam bahu sesiapa supaya lebih tenang. Dah la. Tidur dulu.

*rasa nak beli tv lagi satu untuk diri sendiri*

Friday, August 4, 2017

Dating berdua suwit-suwit macam dedolu

Assalamualaikum semua....
bajet orang bace sangat blog kau ni Hani πŸ˜…πŸ˜…

Lamaaa sangat tak update blog. Orang kate bersawang berhabuk bersangkut paut. Eh? Walaupun Hani tak update, Hani sayang nak tinggal blog ni. Lama tau asal usu blog ni. Dari zaman muda remaja belia, undergrade, anak dara, wanita bekerjaya, dan sekarang dah kahwin, suri hati abam chef, mother of two couple child dan ladypreneur. Perghhh kemain panjang lagi ha descriptionnye.

Ate malam kelmarin kami sampai Melaka. Lepas teman abam chef tengok machine untuk mantopkan lagi production pes nasi arab dekat alor gajah. Lepas settle makan, mandikan anak-anak. Abam chef sebut la.

"Yang, kite pegi jusco jom esok. Jalan dua orang je. Pegang-pegang tangan, sweet-sweet, dating macam dedulu tu."

"Habis yang dua ketul tu nak tinggal mana?"

"Ala kita tinggal je la dengan awe dan atok"

Hahahha bertuah nak tinggal. Iye la sangat. Si abang uwaeis tu pantang nampak ibu lesap depan mata. Tinggal 5 minit, terus cari ha. Macam dah lama tak jumpa.

Yang si adik hurieyah lagi la, orang dukung je, terus ha melalak. Nangis berair mata macam kene dera.

Cita-cita nak berdating tu kita simpan la yang 5 tahun lagi. Iyela. Omak eh tak kerja, jadi memang dah melekatt aje ler. Lain ler boleh lepas hantar pergi taska ke, tinggal jap dengan sesiapa ke. πŸ˜…πŸ˜…
harapansangat

Friday, December 2, 2016

Nak jalan nak keluar!

Hati ni meronta ronta nak pegi jalan jalan,keluar dari rumah. 44hari confinement duduk dalam rumah even yela ade balik batu pahat,balik melaka,balik shah alam. Tapi still dalam rumah. Aku semalam dah berbunga-bunga dapat jalan pegi GM. Tapi hasrat tak kesampaian sebab mak merajuk pulak. Jadi balik la rumah balik. 44 hari duduk dalam rumah. Lepastu uwaeis kene chicken pok pulak,tambah la lagi seminggu kene duduk rumah.

Cuba bayang, duduk rumah tak keluar, dan takde orang kat rumah. Ade la budak dua ni je. Bosan sangat3!!!!! Kalau duduk rumah abah, ada la orang nk sembang. Dan ada extra kereta kalau nak keluar pun. Ni kene terperuk je kat rumah. Ye, ade keluar setakat duduk dalam kereta. Tu pun lepas merayu baru dapat keluar.

Tak suka nak share kat fb sbb friendlist ade abah,mama, mak, makcik2 dan pakcik2. Macam tak seronok la ko nk bersosial sgt dlm fb tu sbb semorang boleh baca dan boleh tau.

Teringin nak keluar, makan apa yang nak tanpa perlu org tanya, sedap ke, bes ke, mahal x. Aku kalau bab makan tak kira dah. Janji teringin nk makan dan suke try makanan baru,makan je. Tp kalau shopping aku xberapa sangat. Sebab duit takde sangat, jd xde la nk membeli sgt.

Seronoknye kalau dapat keluar,dapat makan ape yang nak, dpt jumpe orang...

Wednesday, October 12, 2016

Alhamdulillah for newborn princess

Harini 12 oktober 2016. Akhirnya princess yang dinanti keluar jua akhirnye. Welcome to the world sweetheart. Padan la semalam ibu suspend je. Bukan semalam. Dari malam kelmarin ibu suspend sebenarnye. Apesal awk ni dok aktif sangat pepagi buta ni. Ibu nak tidur pun tak boleh. Xselesa. Pusing sana golek sini. Tidur jugak la. Tapi ibu puas hati la sebab dapat mkan roti canai malam tu.heee

Semalam 11 oktober 2016 ibu dah suspend dah. Confius pun iye jugak. Contraction ke sakit perut nak berak ke sakit bontot sebab tidur tak betul. Hahahah... jadi ibu pun buat la keje. Mop lantai,basuh kipas, berus kain kain lap tu,lap lap kabinet dan bunga bg takde habuk. Puas hati ibu rumah dah kemas. Maghrib dah keluar blood clot. Terus mesej ayah suruh balik dari mancing die. Seriau dah ibu.

Ayah pun kalut la balik. Hahah die yg suspend. Ibu boleh rilek lagi. Ibu masak daging masak merah dgn kobis masak lemak faveret maksu amnah dan abang uwaeis. Pastu makan la dulu sebelum hantar maksu balik umah nenek.

Lepak dulu umah nenek, solat,makan coklat kek, tengok bola. Baru pegi hospital. Masuk masuk dah 4cm. 1130 malam. Kol makcik suruh bawak susu utk abg uwaeis dan air kosong. Makcik datang tok wan dengan tokma menyusul. Sembang sembang. Kol 1 diorang balik baru ibu rase sakit. Sampai pukul 3 baru masuk labour room. 340 am princess ibu dah keluar dah. Kejap je sayang...alhamdulillah Allah permudahkan.
630am princess ibu dh kenyang nenen. Tidur sampai sekarang...muke comei cam ibu...heheh

Monday, October 3, 2016

A housewife

Assalamualaikum dan salam sejahtera...adoi skema sangat....hahaha

Ni monolog dalaman aku. Tak suke cerita kat fb or ig sebab public sgt. Kat blog bukan ade org bace blog kite kan. Zaman bloging ni dh luput dah. Suam suam kuku je sekarang. So let's start.

Hari ni dah 38weeks n 5days pregnant second baby. Actually emosi aku agak terganggu dengan cerita husband aku semalam. Even takda effect kat diri aku pun tapi aku memang spesis yang senang terganggu emosi. Kalau baca novel pun aku boleh jd tak betul sikit ni lagi real stori kan. Jadi hari ni aku rase sedikit emo yg rasa nak nanges tanpa sebab.

Since dah 2 tahun jadi fthw (fulltime housewife) yg memang duk rumah je, ade mase aku rase sangat bosan dan perlu kawan utk sembang. Yer aku memang sejenis orang yang tak reti dok sensorang. Aku sejenis yg suka sembang, dan bersosial. Even arwah ummi pun tau aku tak boleh keje tak jumpe orang. Tetibe jadi housewife, stranded kat umah, dan aku macam bukan diri aku. Sehari dua ok lagi. Tapi kalau masuk hari ketiga aku dah menggelupur la duduk umah.

Ye jadi fthw tu pilihan aku. Tapi sangat jeles dengan suami aku sebab die boleh dengan gembiranya jumpa kawan kawan die setiap minggu. Argh bukan setiap minggu. Almost setiap hari. Aku bukan tak bagi diorang jumpe. Cume aku jealous sebab aku tak boleh camtu even once a month pun susah. I also want me time jugak. Boleh tak, dalam hati ni memberontak je rase. Aku cuma rasa me time bile aku pegi buat routine check up kat kk botanic. Sebab aku rase bebas jap, boleh drive sana sini. Tapi sebab teringat uwaeis cepat-cepat aku balik. Ikot hati nak je pegi jalan-jalan kat jj sebelah tu sorang-sorang.

Yezzza bile jd fthw tu hidup kite hanya family ( husband dan anak-anak). Sembang pun dgn anak-anak. Kalau cerita dengan suami pun nak tak nak je layan. Asik la dengan hp. Ko rase ape?ibarat cam sembang dengan kerusi dan meja... ntah la...kalau msg pun takde nak reply. Kalau msg kawan-kawan tu macam-macam. Dengan isteri seorang macam di anak tirikan. rindu nk kerja dan kawan. -akuyangmenangis- cukupla confession ni...

Thursday, September 10, 2015

It has been 2 years!!

Bismillahhirrahmanirrahim....
Krik krik krik krik...
Ehem.. Assalamualaikum w.b.t.

Laaaaaaaameeeenyeeee tak tulis kat blog sendiri ni. Rindu pulak zaman blogging. And yeah it has been 2years since last posting!!! Last July 2013, ni dah August 2015 hokey. Last post pasal baru kahwin sekarang dah ade anak setahun. How time flies~πŸ˜€πŸ˜€

Actually sekarang ni kat PCB, Kelantan for our small family vacation (just 3 of us😍). And today is our 2nd day. Since i can't sleep since awake, and dah habes ronda fb dan ig, tibe teringat this blog yang dah lama tak bukak and post. Selalu review je previous old post. Hari ni rase nk post since bosan dan macam best jek kalau post πŸ˜†. Pastu uwaeis and ayah still tidur lagi so lg la rase cam seronok.

Ouh ya for this 2 years, lots of things happen in my family. Pahit, manis, sedih, ketawa, gembira, duka. All in one.

12 April 2014
Today is my last day at MMSB before delivery. My due date for delivery is on 17 April 2014 (on my love birthday). Since my husband relatives stay with us for puden's convocation, we decided to eat pizza and celebrate early birthday for puden and mak ngah. I just told my love, "I think this baby will come out tomorrow so that they dont have to come back to KL again to meet the baby.haha..". My love said, " no, the baby must come out on 17th,no matter what."

13 April 2014
I started to feel stomachache and keep went to toilet. But I felt lain macam punye sakit. Nak tak nak, p kejut my love, jom ler ke sepital. Lain macam jek sakit ni. Macam da nak besalin jek. Lepas solat subuh, shoot to hospital. Check² 5cm already. Breakfast roti 2keping, minum milo, kencing berak sume, terus nurse pecah ketuban, alhamdulillah, safely delivered a baby boy, 3.19kg, 56cm, normal. Alhamdulillah. We decided to give name Muhammad Uwaeis bin Ahmad Saifuddeen. Ummi kesayangan sempat bagi air doa sebelum bersalin, tunggu luar bilik bersalin dengan abah, dan tahnik bayi yang comel ni. Alhamdulillah.

29 April 2014
Pepagi angah dah pergi hospital, ingat kan dah bersalin. Tapi rupenye baby tunggu tok mi dia discharge dari HKL. Ummi warded dah seminggu. Ummi sampai je maghrib, terus angah bersalin. Alhamdulillah, ummi sempat sambut dan tahnik baby gurl ni. Ruqayyah binti Mohd Ezzani Iswan, 3.20kg, normal.

7 July 2014
Yeah, today is my last day at MMSB after 2years and 2month worked here!!! Yahoo!! Dah takde la penat bergaduh dengan bos kesayangan. Tapi I missed the moment worked together with kak kiah, ct, timah, zakiah, kak mala, abg azhar, jamil, en. Wong ramai lagi la. Yurp I missed people there and the job. But I've decided to be fulltime housewife a.k.a. professional house labour erk, ade ek term itu??

23 September 2014
Kami ke Langkawi for vacation. Me, my love, uwaeis, ummi, abah, piah dan acik. Actually abah ade meeting kat Langkawi pastu ummi ajak ikut. And puden say yes. Jadi ke Langkawi la kami. Even ummi tak berapa sihat, ummi tetap kuat bejalan. Naik cabel car lagi. Actually, last vacation before ummi tiada.😭😭😭

3 Disember 2014
Hari ni bangun pagi², abah kejut pukul 5pagi, tolong urut belakang ummi. Then sambung tidur balik. Pastu bangun subuh, ummi sakit lagi. Makan la painkiller. Pastu pukul 10 ummi sedar lagi. Ummi cakap sakit. Then, ummi tidur. Tidur yang tak bangun dah. Kami ingat ummi ngantuk sangat, tidur la. Dah zuhur, abah kejut solat ummi tak bangun. Sampai la asar. Piah kejut pulak solat asar, ummi tak sedar jugak. Bik jah balik, bik jah cakap ni tak lama dah. Kami tukar kan baju cantik, pakaikan tudung elok-elok. Habis je azan maghrib, ummi dah tak de. Mase tu rase sedih yang amat dan masih terbayang-bayang sehingga sekarang. Kalau teringat, pasti air mata menitis.

4 Disember 2014
Bangun pagi, terus turun, cek ummi kat mana, dah bangun ke tidur. Ouh ye, betullah ummi takde dah. Bau satu rumah wangi sangat.. Kami mandikan ummi, kapankan ummi dan hantar ummi ke rumah baru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga ruh ummi tenang di sana.

14 Februari 2015
Alhamdulillah masih di beri rezeki dan nikmat yang melimpah. Hari ini abah bakal berkahwin dengan seorang wanita yang tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Ummi memang telah berwasiat untuk abah berkahwin lagi dengan adik ummi yang kami panggil bik jah. Segalanya berjalan lancar. Majlis pernikahan diadakan di Pejabat Mufti, dan majlis diadakan pada hari yang sama di parking lot Masjid Negeri Shah Alam. So we got new mama in the house!!! 😎😎

April 2015
So this year genap la both cousin, uwaeis and ruqayyah setahun. It was one year excitement and joyful moment to see both of them grow, dari kecik, sampai meniarap, merangkak dan bejalan. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

30 April 2015 - 3 May 2015
Another family vacation to Tioman Island with FIL. And I was toooo excited for the first ime island tour. Despite, I have to arrange all the booking stuff (hotel, ferry) and arranged. Paling best was snorkelling!! First time okey dan takzabar for next island trip. Next year insyaallah ke Sabah bah kita!

Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. I wrap two years moment n one post. Next post tataw la lagi bila...hahaha
Budak dua yang dah setahun. Seronok tengok diorang main sama².

Tioman Island
Baby besar. 1year 5month already.
Perasmian buku dedicated untuk ummi.
Throwback a year a go... Dah macam kembar. Beza two weeks.

Friday, July 26, 2013

I have been married!!!!


Assalamualaikum w.b.t.
thank you for those yang follow blog ni...lameeeeeeee sesgt ak upload any post pon...almost a year jugak la..sbb las post taun lepas pon kan..hehehe..dari sebelum bertunang pada 23 dec 2012 sampai dah nikah pada 1 jun 2013... resepsi belah perempuan pon dah setel pada 7 julai... so tinggal resepsi belah laki..

Alhamdulillah everything going smooth...n now dh jadi bini orang... mrs. Saifuddeen... alhamdulillah..

"Lucky i'm in love with my besfren. Lucky to have been what i have been. Lucky to be coming home again."

Enuff i think. Lapaw n kebosanan ni kt arabain kitchen... eh moh ler buke kat sini. Ade iftar buffet. Rm 18 per pax. Menu nasi arab la.... makan sampai boncit..hehehe

Selamat berpuasa dan berbuka... ;)

posted from Bloggeroid

Saturday, February 16, 2013

Dinner dishes

Assalamualaikum...
Just came back from village for my cousin's reception..later I share the picture...now I want to share this..before I'm going back, I've thought this kind of clamps and craving about this... It can be found along way to Sungai Besar... mentarang... quite bigger size compared to lala and dua sebilik.. dua kali ganda la...and it is sweeter taste than lala..

I bought this only 1kg for RM12. Quite expensive couse the makcik said air laut tinggi sket jadi hasilnya kurang lumayan. Reached house, I wash its shell using unused toothbrush to get rid off the excessive mud. Washed thoroughly and blanched until its clam open. So its mean already cooked. Then picked out its flesh and cooked with onion, garlic, grind chillies, ketchup,lemon grass and basil. And wallah...its turns this...


Yummies...

Ate this with pucuk paku goreng and also this...


Sambal tumis sotong with petai belalang

Burrrppp...alhamdulillah...fulled already...im tired drove back...have a rest...goodnight...

posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

Restoran Seri Rimbun, Meru

Assalamualaikum
Tengah watpe? Dah lunch?? Lapar tak?ok ok..sesape yang duduk area meru atau kawasan sekitarnya penah tak tengok restoran ni?meru klang ye bukan meru ipoh..


Restoran Seri Rimbun

Ha, perasan tak? Memang tak perasan..so tadi kak kiah introduce kedai ni. Dah parking pon still tak perasan kedai ni..macam kat tepat semak-semak. Or belukar?erk??
Restoran ni tak jauh dari jalan masuk jalan durian dari main road. Tak tau? Google map la..


Lauk die banyak . So boleh pilih. Kak kiah cakap kadang-kadang ade jual ketam batu masak lemak... tapi kene cepat la sebab cepat sold out. Tu signature dish die...aku? Hehe aku makan bekal aku la... ha dan harga die murah dan berpatutan...



Ni environment dari dalam. Memang rimbun sungguh la kan...aku share pon sebab restoran ni unik dan lauk die sedap... so apelagi...yok mampir...hehe

posted from Bloggeroid

Relax babe...

Assalamualaikum
Salam Jumaat...
Hari ini hari lepak mmsb..hahaha...tengok ni kitorang buat pe...ooppsss tp jangan citer dengan bos..hehe


Marathon movie..ngehe

Ni la akibat bile takde plate nak bace..xde keje nak buat..ha duduk saje la...tapi memang dah rancang dari semalam nak marathon movie. Tapi aku pulak lupe bawak pendrive...hailaaa....

Ok la...sambung tengok movie...bubyee..see ya!!!

posted from Bloggeroid

Monday, February 11, 2013

Not ready yet huh???!!!

Assalamualaikum...
Everyine is talking about psy have concert at penang...and yeah about 2mil payment made by non gov company... psy concert less than 5 minutes but he got paid 2mil...ouh wut the *%$#&...

And before the concert started, our lovely PM also make a concert...but everyone not interested..
Just see la dis video...
Then ull noe

https://www.youtube.com/watch?v=GxjjmnxlCUc&feature=youtube_gdata_player

posted from Bloggeroid

Sunday, February 10, 2013

Memory with kindergarten student....

Setaun dah berlalu..
Budak budak ni pon dh darjah due dah taun ni...




















posted from Bloggeroid

Happy CNY

Today is sunday and today is the day for all chinese to celebrate Chinese New Year... so i'm at home with my family.... ok words getting worse when i not use it everyday. I mean im not working in environment that i have to talk in english all the time so my english become worse like kindergarten kids...errkkk primary student ..huh *sigh*i

This evening i have going joging with angah and we jog about 3km non stop...fuuuhhh.. but we're not feeling tired cz the view and serenity is so cozy and beautiful... ha yaa we're joged at botanic garden... i wish ill become one of the residents there. What a lucky girl you are when you open your window, u'll see nice view and make your problem fly away.... ohhh best nyeeerrr...




Ok la...have to sleep...tomorrow ill go to work...gudnite....

posted from Bloggeroid

Monday, January 14, 2013

Gaza di mata ammu afdholin

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq

Thursday, November 22, 2012

Ber'mastautin' di HKL

Assalamualaikum... Jawab jangan tak jawab...hehe

Hari ini hari ke-5 aku duk kat HKL. Tapi kalau campur hari tu aku dah duk sini 8 hari dah...so seminggu la kan... By the way stay kat sini bukan sebab cita-cita nak jadi doktor dulu ak tercapai jadi saje la kan duk sini...haha mmg tak la. Tu orang gile je buat... Hm...umi aku sudah menjalani pembedahan untuk cancer die.. Ate awok la yg meneman umi. Tapi bergilir ler dngan angah...

Alhamdulillah umi semakin sehat dan semakin aktif kembali... Dan pagi tadi umi.cakap umi boleh rukuk dan sujud dgn sempurna. Wow!!! Ini memang perkembangan yang sangat baik... Hee aku tak prasan sebab aku tidow lagi mase tu... Syukur kepada Allah..

Tapi memang glad to Allah bile tengok umi boleh jalan dan gerak aktif balik... Sebab aku di sisi die dari masuk bilik pembedahan aku tunggu sampai due keluar dengan sangat tak bermaya sampai die dah cergas... Semuanya kuasa Allah... Aku pun ghiaw tengok umi tak bermaya dan lemah sangat bile habis pembedahan. Plus aku risau if anything happen...alhamdulillah. Umi dah sehat dan semakin sehat.

Lots of thanks to bikjah especially yang layan kami adik beradik ni dari kami baby sampai dah besa dan lagi besar dari die..hehe.. Then makcik lia dan makcik mas yang bg moral support dan dtg visit. Both besfren umi...

Huh tapi ade tragedy yang tak brape nk tragis tp aku tak kire nak jugak kategori kan sebagai tragis. The day umi operate tu aku pnat dah tunggu lua bilik operation theatre (ot). So aku pegi la surau nak baring dan lurus kan kaki jap...sekali aku keluar surau, sandal cantek aku hilang!!!? OMG!!! Mmg aku rase nak nanges mase tu...mase masuk tu ade 4 pasang kasut je. Mmg kuajaaaaaqqq orang yang amek tu. Sandal bata comfort tu je pn...tapi yela aku baru pakai seminggu kot....adoi...memang sakit ati la...pastu pnjam la ade sorang makcik tu punye selipar pegi amek selipar umi. Dan dan plak umi kua mase tu. Dah umi tak larat camtu. Memang aku ghiaw la...adoi...
Tapi aku tak kire aku beli jugak yang baru walaupun tak de duit...so dapat la baru tapi design lain kaler purple size 10..hehe selesa lagi la...

Ok la. Aku nak bekfas. Tapi nak bekfas ape??huhuhu

Thursday, October 4, 2012

Be strong sweetheart

Please imagine....

when someone u love most, be in front of u almost the time, give lotz of advice in ur daily life, u shake hand and hug everyday, talk and chat about everything, cook delicious food everyday, will disappear from your life. U know that he or she will go but u donno when...

Its hard to accept the faith..but u have to continue ur long journey...

Ya Allah...please make my mom stronger and healthier bcz we still need her in our life...amiin

Be strong sweetheart

Please imagine....

when someone u love most, be in front of u almost the time, give lotz of advice in ur daily life, u shake hand and hug everyday, talk and chat about everything, cook delicious food everyday, will disappear from your life. U know that he or she will go but u donno when...

Its hard to accept the faith..but u have to continue ur long journey...

Ya Allah...please make my mom stronger and healthier bcz we still need her in our life...amiin

Sunday, September 23, 2012

nak kurus??? diet??

semua orang nak kelihatan cantik dan menarik. bak kate fabulous cat... cantek menarek tertarek kaw memang da bom!!! tapi cantek tu signifikan... orang selalu cakap kurus tu cantek, body macam labu sayung bagi pompan la. kalau laki perut six pack..tough gitew... tapi ade certain negara lelaki die suka pompan yg gebu..haha aku rse kalau aku dok negara tu mesti macam hot kan...haha stop perasan!!!

berbalik kepada cerita nak diet dan nak kurus...recently aku macam teruja la kan nak menguruskan diri sebab dah rase badan mcam buah nangka yang masak ranum. so aku pun survey produk jugak la sebab aku merasakan badan aku ni low metabolism. so makan sikit pon bdan naik makan banyak apetah lagi kn. bagai di pam-pam seperti belon.

memula aku usha produk yg nora danish pakai tu...daripada yang mild hot ke extra hot.. pastu aku tanye jugak teh org kampung, testimoni memang bleyh kurus, tp frequent membuat pelaburan yang besar. so it will burden ur small intestine, liver and especially kidney. jadi tak try la. then aku survey h********e. yes..memang testimoni teramat sangat laaaa bagus, marvellous, lose 10kg in a month, get shaping and skin bagai kan... memang sangat teruja. but bile dengar price, Masyaallah!!! very expensive and surprised me how can students are affordable to buy sedangkan aku yang dah kerja ni bile dengar harga pon aku rase semput...hukhuk... cost for a month almost 1k.lagi la nak survive for the rest of my life. the most things im afraid is to be very high dependant to product and it will increase weight rapidly if stop using it.huhu trus aku cancel, tak jadi guna...

then aku usha plak alpha lipid milk tu. price ok.not so expensive. tp cara pengambilan tu quite mcm tak worth it. baik aku amek anlene jauh lbh murah n consume like that milk. and take less sugar, no or less carbohidrate taken, drink plain water 4 to 5L per day, do exercise at least 15 minute for 3 days per week. same je... n yaaa it will increase ur motabolism by consume the product tp aku still tak puas hati sebab die state kat iklan die can not consume carbohydrate source!!!

hahaha rilexxx rilex...kalau nutritionist or health advisor or product seller advise aku, mesti pening... ok first of all..aku memang peminat tegar nasi. aku takleh makan roti je sehari. ok aku dah try sehari. second day mengigau malam cari nasi. tak..tak sampai mengigau la tapi ketaq dah weh!!!! aku dah try makan oat dan aku dah pelbagai consuming oat tu. aku letak dalam hot chocolate malt aku, aku mixed together dalam hot vege soup and even vege tomyam...memula sedap la. tahan la 3 hari...lepas 3 hari memang rase muak dan nak muntah. kene jugak cari nasi. huhu...

lagi satu aku memang jenis cepat muak. kalau hari2 minum susu or makan benda sama memang boleh muntah la kan...huhu tapi kan aku ni seorang yang sukeeeerrrr sangat makan. camne ni?!!!sume aku rse sedap. kalau tempoyak, budu, cencalok, belacan, ikan pekasam...sume aku telan... lagi betambah nasi ade la...so cane??

yerrr tau...kene sabar dan pasionate...tapi...huarghh susah la...tak reti nak paksa badan...huhu...so sekarang...makan dengan diet yang bagus.. tapi aku still survey product utk boost metabolism aku ni...huhu so any suggestion? but please consider the price and cost...huhu it might me to say NO if too expensive..

Wednesday, September 12, 2012

Apps for blogger

Hello there...assalamualaikum...fiuuhhh hectic life..

Apps from android is cool for blogger especially like me yang sangat ler pemalas nak bukak laptop and update is important ok. And sekarang pon aku tgh taip using phone. Unfortunately apps die tak bes sebab ure not able to adjust ur picture, rearrange and put some caption beside or under the picture...grrrr geram ok...and datz y sgt tak suke nak upload picture eventhough byk je picture nak letak... Any sugestion apps yang easy and practical? I need it indeed....

Alfatihah buat arwah syafikah aka chiko. Speechlesss....huhu


Sunday, September 2, 2012

Eidulfitri 2012

Malas nak potpet banyak-banyak.  Letak gambar je la...ni suasana hari raya pertama. Eventhough tak de kampung, raya tetap meriah. Tetap penuh dengan pelbagai aktiviti...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...