Followers

Thursday, August 23, 2012

ikan kunyah ke telan?

sketsa ibu dan anak

di suatu petang yang aman dan damai.

mak: long, makanan ikan guppy yg lama  tu umi buang la.. ade hama kecik- kecik. takut ikan sakit perut...mati pulak kang.

anak: lerrrr apesal tak cakap tadi. boleh la singgah pegi beli. hmmmm asal tak suruh budak dua orang tu beli...haila...jap la along pegi beli...

setelah 20 minit... dan selamat la ikan-ikan yang kebulur tu makan. punye la sehari tak makan.

anak: mak, long beli makanan yang besar sikit. yg size micro pallet macam hari tu tak de la kat kedai tu.

mak: ha, besar macam mana?? boleh ke ikan tu nak kunyah. kang sakit perut pulak...

anak: ntah la mak. along tengok die makan je. tak tau la die kunyah ke die telan...hehe

so, ikan guppy tu makan die telan ke kunyah? sape bleh jawab. sebab aku pun tak tau ni.. haha

salam Aidilfitri 1433H. by the way, aku dah kejer hari ni. buhsan plak. sampai sempat tidur sejam setengah sebab tak tau nak buat pe dah...esok tak tau la kan. dah la tak de plate nak bace...haiya...

Sunday, August 12, 2012

Raya datang lagi...hoyeah!!!

Malam ni dah malam 23ramadhan. Lagi berape hari je lagi nak raya. Org puteh cakap, raya is around the corner...maknenye tak lame lagi dah ler tu.

Orang lain syok nak sambut raya, cuti straight sampai seminggu...aku..aduyai sehari sebelum raya kje lagi. Pastu raya ke 5 dah kerja. Kire aku cuti raya betul-betul yang aku mintak cuti adalah sehari...naseb la kalau raya jatuh ahad. Kalau raya jatuh sabtu, alamatnya selasa aku kene keje la. Aku mintak cuti rabu je kot... Tibe rase cam tak puas hati. Yang ko gatal volunteer awal-awal sape suruh. Padan muke! Huh...

Tapi aku dah mintak izin bos aku, aku nak cuti sabtu sepanjang syawal. So tak dela gaduh tak dapat raya. Kalau cuti weekdays bukan boleh pegi mane pun kan...ha yang aku kne kerja adalah sabtu,kames, jumaat, sabtu seorang yer. Bersama bos aku 2 orang amoi. Kalau derang tengah mood baik, derang tolong. Mood tak baik, memang terkontang kanting la aku buat sorang.

Kerja yang memang dah dalam list, kire plate count, kire lactose count untuk first sabtu, plating siti punye sample, buat shelf life scm dan evap la....babe, jangan mengeluh pliz. Ko yang accept kerja ni...plzz ikhlas lillahita'ala.

Be strong!!! Ok kaki kejang...memang status ku kaki kejang hari-hari...huhu

Tuesday, July 31, 2012

Tengah rajen..hehe

Just arrived home at 1030pm... Hmm
Kene pulun peghabes keje yang patut, yang dah nak sampaidue date untuk submit because of esok nak cuti..yipeee..helloo...bukan cuti sesaje ye...esok nak hantar dan teman umi pegi HKL. Appointment dengan doktor for the last session of chemotherapy. Actually 3 hari berturut, isnin, selasa dan rabu. So aku volunteer nak teman hari selasa. Takpela..bukan selalu..bleh jugak rehat sambil cuci mata. Kalau sempat, boleh shopping raya..kan kan..hahaha.gaji dah masuk..yihuuu!!!!

Lately kaki aku selalu cramp memalam mase tengah tidur. Orang panggil tarik pemende tah. Selalu orang yang pregnant yang kene. Tapi aku yang confirm-confirm tak pregnant dan masih single ni, asek la cramp. Sekali die datang, pergh tejaga tidur. Kadang-kadang tak leh tidur dah..umi cakap, sebab kerja banyak sangat berdiri dan berjalan..maybe la kot. Most of da time berdiri, dan berjalan dengan safety boot yang berat tu. Shud b kite yang bawak kasut, tapi aku rase safety boot yang bawak aku..haha mengong..

Ok la..penat sangat. Have to sleep..kang esok tak bangkit sauk...nite olzzz

Sunday, July 29, 2012

Iktikaf fil masjid

Just arrived home... Iktikaf di Masjid Rahimiah, depan Hospital Klang. Actually program Katibahwanita Ikram Kuala Langat. Sangat-sangat lame tak pegi madjid tu. Derang tak solat downstairs dah sebab banjir teruk haritu, habes carpet kat tingkat bawah tu rosak. So kosong la.

Dulu kecik-kecik selalu pegi masjid tu. Terawikh kat situ, kekadang abah saje bawak ktorang sume iktikaf kat masjid tu. Masjid-masjid lain most of dah upgrade ade aircond. Tapi masjid tu tetap guna kipas dan neutral air ventilation.

Berbalik pada iktikaf, aku masih ingat mase pegi umrah 2 taun lepas hujung bulan puasa, ramai sangat orang berkampung dekat masjidil haram dan masjid nabawi, hangkut anak-beranak sume. Tidur kat masjid, makan kat masjid, mandi pun kat masjid. Meriah... Kalah musim haji.

Tapi terbalik situasi kat Malaysia. Lagi nak abes puasa, lagi kurang orang pegi masjid. Awal bulan, pergh kemain, kalau buat terawikh kat stadium, pergh confirm penuh babe! tengok malam 29 atau 30 nanti, satu saf pon susah nak penuh...ish3...ketaq dah aih nk ghaya...

tu situasi tahun-tahun sebelum ni. For this year, berazam la untuk menjadi lebih baik. Lagi nak abes puasa, lagi pulun kita ibadah. Bukan lagi pulun dok pikiaq raya nak makan pe, nak kumpul duit raya banyak mana...hehehe ingat tu...

And always pray to Allah in this Ramadhan kareem, to get rahmah, maghfirah and avoid from naaarrr... Insyaallah...

Ramadhan yang penuh barakah

Alhamdulillah, hari ni sudah hari yang ke 9 umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Tapi kalau yang duduk kat belah US baru nak bukak puasala...hehe

Jadi dalam bulan yang penuh barakah dan dilimpahi dengan pelbagai keistimewaan, kne rebut peluang yang ada untuk menambahkan pahala kita. Jangan sibuk pikir nak raya je, tapi amalan tak de mende sangat...

Since aku kene transfer ke branch kapar ni, almost everyday aku balik lambat. Sebab banyak keje. Bukan kje rawmaterial pun sometime, tapi kje member yang check product. If tak tolong, lagi lambat la member tu balik. kire,nak speed up kje,dan pulun bagi cepat peghabes... Eventhough penat, tapi enjoy the job sebab tak de la stress mende pon. Cume,sometime susah nk explain kat others asal balik lambat. Bukan sesaje nk balik lambat. Tapi kene habiskan.

One more things, if u work at food factory especially qa or qc department, lagi kuli cam aku, today work, u must finish it. Otherwise, it will be error in result later on. Kalau kene plating hari ni, hari ni jugak kene siapkan. Tak kire la banyak ke tak banyak. Kalau kene sampling hari, kne gak sampling hari ni. If not due date akan lari sebab tunggu result plate. Yela, incubate total plate count 3 hari, yeast and mold 6 hari. Nak buat test lagi...lagi haru...so dats why la lotz of job.... Aish...erk korang paham ke?hahaha confirm la tak paham... nah aku hidang vitagen besar yang setaun pun takkan abes...ngehe


Sunday, April 15, 2012

3 month already

Alhamdulillah glad to Allah cz gv me opportunity to become part of MMSB family. Lotz of experience I get here after 3 month working here. Start on 2nd of may I will be transfer to kapar branch and conducting raw material as analyst. But I will missed all the moment and people at pj. Kak fiza, kak ayu, shika, anis, siti, dalina, ms nangie, ms ning, ms teh, liza, kak noor, angah, dan kak anes...they colored my life since I entered the door. However, I have kak kiah dat ive known before.

After this when im at kapar branch, there will no toll, no high petrol used and cut cost living. And I will responsible to send my sister to school every morning...yehuuu

Yesterday, done with farewell party with usrahmate kms. Sobs sobs sedeyh cz it was the last tyme we met each other. Mmg sebak sket semalam tapi tahan la dr nanges. Aku bab bab nanges mmg juara. Cengeng kn...tp pape pon hopefully derang berjaya and teruskan wut eva yg derang dah buat sekarang ni...

So next sunday will be my company bowling tournament. Arghh nervous ok cz dah lame sangat tak main. Last main 2 years back...huhu takut bantai longkang kaw-kaw je...hehe yg menambahkan nervous sbb bos aku satu grup plak dengan aku kan...tak ke pergh naya....xperform leklok tak bes r...haha korang doakan la aku. Atleast no 3 pn jd r..hehe

Enough with this. Wait for another month kot for any update. If rajen telebeyh esk pon update je..haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, February 28, 2012

Punye r malas nk update kan...

Sesuai sangatla kan dengan tajuk. Memang aku tengah malas nak update. Okla kan,sebulan sekali. Jadila...haha

Penat ok. Tapi last week ok la. Tak banyak sangat kerja. So boleh la balik awal kan. Tapi harini kemain banyak sampel. Sakit pinggang buat. Haha dah tua. Ok, merapu banyak sangat.

Esok genapla sebulan kerja. Ikutkan takdala sebualan. Tapi luckily februari sikit je harikan. Kalau bukan tahun lompat, confirm esok dah dapat gaji. Excited ok first gaji babe!

Weeeehhhh, ikan aku matila. Sedeyh ok. Sume reti nak bagi makan je. Cuti taknak. Hampeyh!! Aish....sedeyh ok..

Ni tunggu abah abes usrah...aku takut je ikan tu lompat bunuh diri.. Aduyai...cepatlaaa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, February 7, 2012

Kerja dan kerja dan kerja

Setelah 9 bulan pencarian mencari kerja, akhirnya aku dapat gak kerja. Dekat MMSB, Malaysia milk sdn. Bhd. as junior microbiologist. Kalau sebut nama kilang sure la tak tau kan. Kalau sebut produk vitagen ke, marigold peel fresh ke, marigold HL milk ke tak pon evoporated and condensed milk mesti korang tau kan.ha aku keje kat situ la cek benda-benda dan makhluk-makhluk halus..bukan hantu ye..hehe

Anyway previously, yang punye lama aku tak update, aku Jadi cikgu tadika dekat tadika islam naim. Dulu mase aku 6 tahun, aku tadika kat situ la...so budak-budak ni panggil aku muallimah hani. Muallimah ni dlm bahasa arab. Maksudnya cikgu perempuan. Aku ajar tahap 3. Stok budak-budak pandai ni..memang bijak. Tapi seronok dengan derang ni...bleyh geng..

Aku sempat ajar sebulan untuk tahun 2012 ni sebelum aku dapat offer. Aku pegang satu kelas. Budak 6tahun petang. Sangat challenging sebab aku kne turun kan taraf pengajaran tu tahap budak tadika kan... Kadang-kadang tak reti jugak. Tapi best...haish rindu pulak ngan derang.

Dah stat kje ni aku training kat HQ pj sampai pandai. Hari tu cakap seminggu je kan ni sampai pandai. Alhamdulillah la aku ni fast learner.. After pandai tu, Akan transfer ke branched kapar. Job scope aku ialah kne check raw material before being use for production. Roughly camtu la kje aku. Ganas sikit, kne panjat-panjat, dengan playar, dengan tukul dan spanar, and most of the time kne berjalan-jalan pusing semua gudang dan kilang yg teramatla besar itu.

So far ok la..tp aku rindukan mentari. Hari-hari keluar umah gelap balik umah gelap...penat memang tayah cakap la kan. Takde kje yang tak penat. And alhamdulillah. Perancangan Allah tu cantik sangat. There's hikmah behind all the things..

Last but not least..congrats to epul and sheefa, and aneesa and yasser for entering the new chapter of their life...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...