Followers

Thursday, November 17, 2011

halu halu..here i come..

Assalamualaikum w.b.t.

Heee if u noticed dat ive not update my blog almost 3 month...ok..yg ni sengaja yer sbb malas..eventhough bleh update tru phone..using android blog application.

Alhamdulillah for the previous 3month, lotz of things happen in my life... Just wanna highlight.. Ive been officially graduated on 18th october 2011 as a degree holder in fudtech from upm... After struggling for 4 years..alhamdulillah...
Anyhow.. Still looking for suitable job... And I noe Allah noes the best for his slave.. Pape pon redha dengan ape yg terjadi....

Dats all for dis moment..will update later..cz i hv to go to work tomorrow..hehe as a kindergarten teacher..tomorrow is the last day cz school break is just around the corner....weeee ^^
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 6, 2011

our lovely fishes

Hee kitorang baru je bela ikan ni. Mulanya ummi yang beria pesan suruh beli kan ikan puyu 3 ekor untuk sofiah.saje je la sebab bagi die teruja beli ikan. So aku beli la ikan puyu kat pasar tani. 3 ekor RM2. Balik je rumah, punya la ecxited angah dan acik pun.derang ni siap tidur sebelah ikan, pegi toilet ikan pun diangkut, makan pun dengan ikan. Excited sgt lah. Pastu sume benda ktorang bagi makan. Belalang la, lalat, roti, belacan. Tapi paling feveret, cacing dan lalat. Laju je makan..

2 hari kemudian abah beli ikan gapi, siap akuarium cantek, pokok air hiasan, pasir dgn pam air sekali. Memula beli 8 ekor ikan gapi. Almost tiap hari mati sekor. Patu beli ikan red eye. Patu beli pulak ikan putih tompok oren itam. Las sekali bila ikan gapi tinggal seekor, abah beli gapi lagi.putih 2 ekor 5 ekor biru... So dalam aquarium tu ade la 14 ekor ikan..ikan putih oren tu mati sekor.xtaw la telebeyh makan ke tak cukup makan. Hm terlambat bgi makan kot..

Hhehuhu tapi aku ler yang tukang cuci nye.yang lain syok bg makan je...he tapelah..memang aku suke sgt bela ikan...cute tgk derang berenang..hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 3, 2011

5 Syawal 1422h

Hari ni bday aku bulan hijrahla.bukan bulan masihi. Ikut bulan hijrah umur aku dah 24 tahun...
Tua dah...ish3...

Baru balik raya umah waktam...

esok kenduri ira...ira a.k.a. Nadhirah Sahri is one of my bes fren since standard 1.. She's taking medical in jordan. Ok...die nk kawen dah.any how..congratz.her solemnization will be at masjid ngri shah alam 930 am. Semoga majlis esok berjalan lancar..amiiin..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 2, 2011

salam aidilfitri 1432h

Hari ini dah 4 Syawal 1432h. Dah raye ke 4... Alhamdulillah kita semua dah diberi kesempatan oleh Allah untuk menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan Ramadhan.

Raya pertama rumah yang aku pergi beraya ialah Jusco Bukit Tinggi. Penuh la mat saleh (orang putih tau bukan mat soleh pakai kopiah tu). Bila aku lalu je sebelah mat saleh tu, sempat die cakap. "nice dress. Beautiful!!! ". Nak nak plak aku pakai sedondon dengan piah. Bunga pink background biru. (owh kitorg sedondon taun ni...hee). Berbalik kepada tujuan pergi jusco tu, nak pergi cari oce cream. Tapi tutup lak tempat jual groceries tu. So kitorg gerak la ke umah ke2 pada raya pertama ni ke Tesco.

Sampai la hajat nk beli ice cream...padahal semalam nye aku da tawaf tesco dengan giant dan kedai bakery.nk cari bahan nak buat kek kan....

Malam tu baru la beraya ke umah bik non.
Umah tok andak tak p lagi. Selalu tiap taun umah tok andak la yg kami tuju.

Pape pon raye raye jugak. Puasa 6 jangan lupa...pahalanya sama macam kita puasa selama setahun...yok pose 6!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 22, 2011

selamat berbuka....

Menu berbuka hari ni....
Ikan jenahak masak tempoyak dan sambal goreng jawa..ha yg ni umi masak.selalu kalau ummi masak mmg marvelous la...jarang r xsdap.hehe

Telur mata masak sambal.yang ni aku yg masak.tak tau la sdp tak.hehe

Next ikan goreng, bayam dan meranti di godok...heh di celur.godok tu bahasa jawa.

Lagi satu masak lemak telur itik bersama pucuk paku.ni lauk semalam sangat sedap..

Air pulak ialah air kurma. Blend jer.sedap.bleyh la cuba.

Ok lah.dah azan...selamat berbuka
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 21, 2011

Searching for a night equal to a thousand night

Antara 12bulan yg Allah bagi kita, dan 365 hari selama setahun,ada satu bulan yang sangat istimewa yakni bulan Ramadhan. Dalam bulan ini,hanya hamba-hambanya yang terpilih sahaja akan menemui satu malam, di mana pahala melakukan ibadah ketika iti menyamai dengan seribu bulan.... Seribu bulan = 83.333 tahun!!!

Subhanallah.... Kita pun belum tentu dipanjangkan usia sampai separuh abad...

Hari ni adalah malam yg ke-21. Da 10 akhir Ramadhan dah. Kalau waktu begini pada thun lepas, aku berada di, Madinah, melakukan umrah dengan umi dan abah. Berusaha untuk memperbanyakkan amalan sunat dan mengkhatamkan Al-quran. Tapi hari ini,bersama dengan keluarga dan sahabat beriktikaf dan meraikan saudara baru.

Walau di mana kita berada, taqarrub kepada Allah itu mestilah diusakan. Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yang dijanjikan itu untuk mereka yang bertaqwa....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan


almost nak dua bulan tak update. malas sebenarnya nak online lama-lama.tak berahi pulak nak online.dok umah kan.nk berebut dengan budak0budak kat umah ni, lagi la malas.

by the way, selamat menyambut Ramadhan kareem. hari ni dah puasa keempat.Semoga Allah memanjangkan usia kita semua untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

being a job hunter sangatla macam kene banyak bersabar.tu la, hari tu taknak mintak awal-awal, kan dah menanges. tapi tak dela nak menyesal sangat pun. Ada hikmah di sebalik kejadian. Allah dah susun semuanya sangat cantik. Mungkin ini bukan waktu terbaik untuk aku bekerja lagi. Umi tak sehat kan.luckily i'm home... Allah nak suruh spend precious time ni dengan Dia lebih ni bulan Ramadhan ni.mana la tau ni Ramadhan yang terakhir...

huhu ok sena sedeyh ye. dah terlepas 2 interview gara-gara company tu bagi notification through email.huhuh...sadis T_T mane la aku nak sedar.bagi kat email.aku ni da la jarang online.ade budak bertiga tu kt umah, lagi ler aku malas...adeih...

takpelah..Allah akan bagi yang terbaik nanti..dan pada masa yang terbaik.aku rasa masa ni not the right time. biarla Ummi sehat dulu...Ya Allah, bagilah ummi sehat dan kuat seperti biasa. Ameen...

Thursday, June 16, 2011

ikan masin asam marvellous..


cuba tengok picture di atas?ade rase terliur tak?ni lauj feveret ayah aku.tapi disebabkan die ade darah tinggi, so sekarang jarang la makan. aku tetibe ngidam nak makan lauk ni, dengan nasi panas..peerrrrgh  mau terangkat beb! tapi aku dah masak dah pagi tadi dan aku dah  makan dah pon..hehe meh nak share cemana nak buat...

bahan-bahan die mestilah ikan masin, air asam jawa, bawang besar, cili padi dan gula secukup rase. memula, goreng ikan masin atau orang jawa panggil gerih sampai ranggup. untuk lagi bes, guna isi ikan talang yang di potong kecil-kecil.kalau tak da ikan talang, ikan pape pon boleh.lagi umph potong kecil-kecil yer...

kemudian, agak-agak dah garing ikan masin tu, jangan sampai hangit ye, masukkan bawang besar bersama cili padi.guna minyak yang same.nak guna cili merah pon boleh.tp gune cili padi lagi kick la..agak-agak dah naik bau, masukkan pulak air asam jawa. untuk lagi sedap, biar air asam jawa tu pekat sikit.jangan cair sangat, nanti tak sedap.pastu masukkan gula sikit bagi rase die sebati, ade masin, masam dan manis.ha tak payah dah nk masuk garam, kan dah goreng ikan masin kan, ade jugak yang naik darah tu karang...

siap!!! makan dengan nasi panas dan ulam-ulam serta ikan goreng.kalau makan camtu je dengan nasi panas pon boleyh...mau menambah-nambah nye nasik kamu tu ler...hehe selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...