Followers

Tuesday, March 2, 2010

hanya kerana cheezy wedges..

ape yang anda rase bile sumwan yang sgt rapat dgn anda
memintak @mendesak untuk dibelanjakan
"cheezy wedges" keluaran Kentucky Fried Chicken a.k.a KFC
dan bila hajat nya tidak kesampaian
beliau @ baginda telah mengisytiharkan
PERANG DINGIN!!!
patutkah??

sangatlah tidak matang bagi seseorang yang sudah berumah tangga
serta mempunyai 2 orang anak berkelakuan begitu
serta merasakan dia sangat sempurna dan baik hati dan apa-apalah yang sesuai

dan apabila ditanya punca tercetusnya perang dingin tersebut
beliau tidak mahu mengaku
dan mengatakan
''eh mana de la..biasa je...cuma malas nak bercakap banyak..''
*sigh* jawapan seperti para artis
tetapi dalam hati rasa marah itu membuak-buak
juga kelihatan sangat bohong
kerana 'perang dingin' yang tercetus
sangat terserlah di mata para parajurit perang yang lain
sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak

untuk pengetahuan yang berhormat
saye tidak pernah berjanji mahu pon memberikan kata-kata manis
kerna itu atas desakan yang berhormat
dan saye juga tidak pernah menyatakan
saya akan belanja pada tarikh sekian sekian
cume saya sudah pahatkan dlm otak dan minda saye
satu hari nanti saya pasti akan belikan nya sebelum saya tamat tempoh
dan untuk makluman yang berhormat
kalaulah restoran KFC tersebut terletak di sebelah rumah saya
ataupun di hadapan rumah saya
mahupun di belakang
sudah pasti saya belanja setiap hari
'cheezy wedges' yang berhormat idamkan

tetapi sikap yang berhormat yang agak menjengkelkan
atau orang putih kata "very THE annoying"
peratus kesediaan saye untuk membelanja yang berhormat
dengan 'cheezy wedges' telah berkurang
dan kemungkinan untuk tidak mendapat langsung amatlah tinggi

jika bukan kerana 'cheezy wedges'
ape lagi punca yang menyebabkan
yang berhormat berkeinginan membuat acara 'potong kek'??
selame ini saye yang baik hati
sentiase membantu yang berhormat dalam melakukan tugasan dan arahan
walaupun saye sering di buli, dipukul, ditumbuk dan banyak lagi deraan emosi serta fizikal
tetap juga yang berhormat ingin meletuskan 'perang dingin'
saye sungguh tidak paham!!!

akhir kalam...saya tidak mahu ambil peduli
akan apa-apa yang terjadi terhadap yang berhormat
mahupun apa-apa perkara yang dilakukan oleh yang berhormat
termasuklah jelingan tajam serta dengusan bisikan hati
kerna itu semua mainan syaitan
yang suka melihat manusia bergaduh serta berantakan
saye akan berkelakuan seperti biasa
dan saya tidak pernah ambil hati atas segala kekasaran yang berhormat lakukan
samada dari segi fizikal
mahupon mental
tidak lupa juga spritual
mungkin dengan cara tersebut yang berhornat akan berasa lebih bahagia
saya doakan semoga yang berhormat sentiasa dalam rahmatnya
dan sebelun saya tamat tempoh
dengan izin Allah saya akan membuat kejutan
atau dalam bahasa om puteh nye 'surprise'

p/s:maaf jika ada sesiapa yang tersentuh hati akibat kekasaran saya..entri ini agak sinis dan pedas bagi sesiapa yang memakan cili jalapeno...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...