Bila kami keluar makan, sebab executive adabi, En. Azmil Shaari nak belanja kami makan, lalu la depan sekolah Jalan Kebun...akibat hujan yang melimpah-limpah, banjir sekolah.penuh air dekat padang sekolah ibarat 'sekolah terapung' ala-ala masjid terapung....Jalan masuk ke sekolah juga dipenuhi air.Mujur jalan yang dilalui tidak ditenggelami air..tapi kalau restoran nipah tu ade harapan jugak tenggelam...
aduhai..lately agak skema posting...buhsan2 tak besh3..cam pelik..hahaha..hm ade satu keysah menarek...
Alkeysah...salji yang lebat telah melanda sebuah kawasan sehingga menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak dapat meneruskan aktiviti harian. Ada sekumpulan pekerja yang baru lepas habis tugasan mereka berhasrat untuk pulang ke teratak masing-masing.Namun begitu, hasrat mereka terbantut kerna mereka hanya menaiki kuda. Nak dijadikan cerita, salah seorang dari mereka membawa zebra yang berbumbung pada hari tersebut. Jadi dia berhasrat untuk membawa mereka bersiar-siar melihat kawasan yang terjejas dengan salji yang lebat dahulu sementara menanti salji berhenti. Akibat terlalu teruja, dia telah terseret binatang kesayangan penguatkuasa yang mahal lagi hebat tanpa sengaja semasa mencuba untuk mengundurkan zebra nya yang berbumbung. Dia sangat takut akan kejadian yang menimpa dirinya dan merasakan tiada saksi yang melihat kejadian yang berlaku.
Tetapi andaian nya tidak benar sama sekali. Seorang saksi yang tidak mahu namanya disensasikan, telah menyaksikan kejadian tersebut di sebalik pintu. heheheh....
Apa yang bakal terjadi padanya pada esok hari??? Nantikan sambungannya. itu pun jika saya sangat rajin untuk menaip...hehe
No comments:
Post a Comment