Followers

Monday, January 3, 2011

Pelan Strategik 2011-2013 Pastikan UPM Terus Berdaya Saing

MATLAMAT 1
Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing.

Objektif :
• Meningkatkan peratusan pelajar cemerlang memilih UPM
• Memberikan nilai tambah dalam pembelajaran pascasiswazah
• Meningkatkan kebolehdapatan kerja

MATLAMAT 2
Melonjak tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.

Objektif :
• Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan ke peringkat terbilang
• Menjana kekayaan melalui pengkomersilan hasil dan inovasi penyelidikan

MATLAMAT 3
Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu

Objektif :
• Melibatkan jalinan strategik dengan industri dan masyarakat
• Menggalakkan penglibatan pemegang taruh

MATLAMAT 4
Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian dan biosumber tropika.

Objektif :
• Meningkatkan bilangan graduan yang menjalani program inkubasi keusahawanan
• Menambah bilangan teknologi lestari berimpak tinggi
• Menjadikan UPM sebagai pusat rujukan utama oleh komuniti pertanian

MATLAMAT 5
Memperkemas tadbir urus dan pengurusan sumber berdasarkan amalan terbaik.

Objektif :
• Mengusahakan penjanaan pendapatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan awam
• Memastikan bahawa bilangan staf bukan akademik berkelulusan PhD dipertingkat
• Menggalakkan staf bukan akademik mempertingkat kelayakan akademik/profesional
• Memantapkan pengurusan sumber ilmu, fizikal serta teknologi maklumat dan komunikasi menerusi perlaksanaan pelan induk yang bersepadu

MATLAMAT 6
Memperkasakan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan sebagai Top Business School (TBS)

Objektif :
• Menggemilangkan pengajaran dan pembelajaran di TBS
• Melonjakkan pencapaian penyelidikan
• Mempermantapan jaringan dengan institusi antarabangsa dan tempatan yang terkemuka

share with all of you..taken from UPM website

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...